Thursday, June 23, 2011

Permulaan...~

Ya Allah... betapa nikmatnya tarbiyyah itu. Tarbiyyah yang aku terima sejak 7 tahun lalu. Ya... memang diakui proses pentarbiyahan diri sangat lama & halawahnya kita akan rasai apabila kita kehilangan nikmat itu. Kini, aku kehilangan nikmat itu. Nikmat tarbiyyah di alam persekolahan yang banyak membentuk diriku untuk membina jati diri sebagai seorang muslimah, InsyaAllah. Aku... seorang gadis kecil tapi insyaAllah berjiwa besar. Masih ingat lagi sewaktu tingkatan satu, ketika interview calon Badar, Kak Aqilah (KP Badar)  bertanya kepadaku :

"Jikalau betul Deejay (nama glamour in SAMBEST) dilantik menjadi AJK Badar, adakah Deejay akan terus istiqamah pada jalan ini?"

Aku blur tika itu, tidak tahu apa patut dijawab. Sambil malu-malu aku bertanya,

"Jalan apa kak?"

" Jalan Dakwah & Tarbiyyah..."

Aku hanya mengukir senyum. Tidak mampu untuk berkata apa-apa.

Alhamdulillah... terasa nikmat apabila kita bergerak dalam jemaah. Ukhwah tersimpul erat kerana terdapat ikatan hati antara kita atas satu matlamat yang sama. Walaupun skopnya kecil hanya di sekolah namun aku rasakan sangat besar taklif yang diberikan padaku & sewaktu dicalonkan menjadi exco untuk memegang Biro Ibadah ketika di Sliss, aku dengan sopannya menolak. Biarlah aku hanya menjadi AJK sahaja bukan ketuanya. Bukan tidak mahu tapi aku takut, pastinya taklifat itu amat berat untuk membudayakan sebuah sekolah agama yang kurang 'Biah Solehah'nya. (Asif, seandainya ada yang terasa) Aku yakin pastinya sukar untuk membawa budaya baru untuk mereka. Tapi aku bertekad dalam hati : 

Biiznillah jika aku diamanahkan untuk memegang biro ini, aku akan buat satu perubahan untuk membawa iklim Dinni dengan nusrohNYA walaupun akan menyebabkan pelajar puteri membenciku & memberontak.

Teringat kata-kata Kak Maryam Jameelah (KP Badar 03/04) :

"Adik-adik, bila kita dah jadi AJK Badar orang akan sentiasa perhatikan kita. Tingkah laku, tutur kata malah segala tidak tanduk kita. Kita orang yang diberi amanah, orang juga akan nilai kita lebih-lebih lagi Allah. Jikalau kita asyik mencari salah dan menghukum mereka, mereka juga pastinya akan cari salah kita & kita sebagai manusia tidak akan lari untuk melakukan kesilapan. Oleh itu, bersabarlah dan jagalah diri kita kerana imej muslimah yang kita bawa ini mungkin satu hari nanti akan membuka hati mereka."

Ya... itu lumrah manusia bukan? Daripada organisasi ini banyak yang aku belajar. Belajar bagaimana untuk menghadapi kerenah pelajar yang bermasalah. Bukan masalah apa cuma benda-benda remeh seperti turun lambat, lari ma'thurat, solat kat dorm, masbuq imam kedua dan macam-macam lagi. Leceh kan? Memang, tugas kami hanya mencatit nama mereka. Boleh katakan setiap kali bertugas pastinya aku akan menangis. Aku tidak pasti sahabat seperjuangan yang lain. Dimarah dan dimainkan oleh senior-senior. Almaklumlah ketika itu masih di tingkatan satu. Sebenarnya, itulah proses awal tarbiyyah untuk menjadi seorang da'ieah. Kecekalan & ketabahan hati di samping pengharapan & pergantungan kita pada Rabbi untuk terus tsabat pada jalan ini.

Mesej dari seorang sahabat :

Selangkah ke alam perjuangan, bererti selamanya dalam kepahitan.
Biarlah menangis terluka dari mati terkambus tanpa mujahadah.
Kita tidak sanggup selamanya terluka tap ingatlah bahawa tiap tititsan darah & air mata itu amat bermakna. Apabila ditanya, Kenapa Berjuang itu Pahit?
Kerana, Syurga itu Manis...~

Allahu Ta'ala A'alam...

2 comments:

aisyah said...

alhamdulillah... kita pun syukur gak dengan kehadiran kak djah di sliss yg sedikit sebyk tlh mmbawa perubhn kpd diri kita. sesungguhnya, khdrn akak adlh sprti anugerah yg allah berikn kpd kami ntk mmbetulkn kembali prjalanan kami yg agak trsasar dr yg sebenar...=)

itqansyabiq said...

Akak pun sonok sgt dpt jalinkan ukhwah dgn antum lg2 adik akk yg sorang ni. Tanpa para exco & badar jga guru2, mgkin akk x ada kekuatan utk itu.

"Kullu minallah laisa minni ya ukhti...~"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...