Thursday, April 7, 2011

الغرباء

Allah... Allah... Allah...



Betapa ana tersentuh dengan bait-bait pada video Ghurabba'. Tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah ana mampu tergolong dalam kalangan mereka. Hati ana cukup sayu bila mengenangkan masyarakat kita pada hari ini... Takut untuk melawan taghut, takut untuk menegakkan kebenaran, takut untuk beramal dengan sunnah Rasulullah SAW kerana kelihatan asing pada masyarakat. (Begitu juga ana, astaghfirullah...) Sampaikan pada hari ini, mereka yang menegakkan sunnah itu dikatakan sesat sedangkan ilmu agama kitalah yang teramat cetek dan kita kini hanya mampu beramal dengan tingkat Islam yang paling bawah & yang paling mudah & kita teramat selesa dengan keaadaan kita kerana kita yakin kita telah mengikut ajaran islam yang sebenar-benarnya. Adakah benar itu? (sbg muhasabah) 

Jikalau kita selusuri sirah para sahabat, Subhanallah... betapa hebatnya mereka mampu untuk menjadi Ghurabaa' dalam erti kata sebenar. Teringat kata-kata seorang ukhti ketika mengikuti Mukhayyam Akhowat bulan lepas,

"Akhowat fillah, kita sebagai Ansarullah perlu menghayati Islam dengan erti kata yang sebenar. Islam itu sangat indah, untuk memperjuangkannya penuh dengan Mehnah dan memerlukan Pengorbanan yang sangat tinggi. Duhai akhowat, marilah sama-sama kita berusaha ke arahnya. Walaupun sakit, walaupun perit... Itulah dia Perjuangan Rasulullah yang sebenar-benarnya." 

Langsung ana teringat hadis Rasulullah yang terdapat dalam video Ghurabaa', sabda Rasulullah SAW :

"Islam itu bermula dengan asing dan akan kembali asing seperti mulanya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing..." (sahih muslim)


Ayuh ikhwah & akhowat fillah...
Sama-samalah kita bangkit sebagai Ghurabaa'
Walaupun pedih dicaci & dihina
Yakinlah kita di pihak yang benar

Usahlah kita ditipu dengan indahnya dunia
Usahlah kita menjadi boneka mereka 
yang tidak jemu-jemu menjatuhkan kita
Allahu Akbar!! 

*Video ini ana dapat daripada ukhti Azziyati (akk paksi) ketika slot beliau 'Allah vs taghut' di Mukhayyam Akhowat. Sungguh ana begitu kagum dengannya. Bibirnya yang sentiasa mengukir senyum sarat dengan bait-bait seorang mujahidah. Langkahnya kemas teratur sebagai seorang da'ieah. Hatinya begitu sensitif taatkala berbicara tentang maslahah Ummah. Sungguh, ana terasa sangat beruntung dapat bertemu dengan orang yang 'punya jiwa' sepertinya. Jazakillah khoir ya ukht...~ 
Allahu Ta'ala A'alam...

2 comments:

analisiszikri said...

ghurabaa-mmg jln sempit itu trpksa ditempuh.. nice, ukhti..

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

Jln sempit itulah yg kta akn pilih utk mndpt redhaNYA...jzkk ya ukht

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...