Thursday, December 30, 2010

Ehya'...

 
Ehya' tersenyum sendirian. Gelagat ikan-ikan di kolam milik mak longnya, Datin Emelda membuatkan hatinya terhibur. Ikhwan yang sedang asyik memerhatikan sepupunya itu menggeleng-gelengkan kepala. 'Tak habis-habis dengan termenungnya...'' bisik hati kecilnya.
Tiba-tiba dia teringat diari kepunyaan Ehya' yang dibacanya tempoh hari, bait-baitnya menimbulkan tanda tanya.
            Tuhan! Andai ku hitung hari demi hari,
            sebentar Cuma ku rasakan...
            Tuhan! Ku pingin bertemu dengannya
            andai esok  masih ada lagi untukku...

Siapakah gerangan yang ingin gadis itu temui? Adakah Ehya' sakit? Sejak kecil memang Ikhwan dan adik beradiknya yang lain amat rapat dengan keluarga pak ngahnya. Mereka amat akrab walaupun jarang berjumpa. Selalu juga dia dan adik kembarnya, Imani menziarahi keluarga pak ngahnya di Amman, Jordan tempat kelahiran ibu Ehya'. Menurut mamanya, sejak kematian atuk dan nenek mereka, pak ngahnya bertekad untuk tinggal di sana menguruskan perniagaan keluarga ibu Ehya'. Apa yang dia tahu, pak ngahnya berkahwin di sana ketika sama-sama belajar di University of Jordan. Namun kepulangan Ehya' sebulan yang lalu menimbulkan tanda tanya mereka adik beradik. Akeef Ikhwan, Akeef Imani dan Aleeya Insyirah. Mereka musykil... tapi masing-masing tidak berani bertanya. Kata Datin Emelda, Ehya' pernah trauma yang dahsyat! Entahlah...Ikhwan pun malas bertanya lebih-lebih, dia takut dikatakan busybody dan yang paling dia tak tahan pasti akan disakat habis-habisan oleh ahli keluarganya terutama Imani.

"Eh...Wan!" Gadis berjilbab itu agak terkejut dengan kehadiran Ikhwan. Ehya' baru perasan akan kehadiran sepupunya. Jika dia tahu   Ikhwan telah lama memerhatikannya, Ikhwan pun tidak dapat menjangka apakah respond gadis itu. Ehya' mengangkat pandangan tapi sebentar cuma... Dia kembali menunduk sambil memberi makan ikan-ikan di kolam. Ehya' kelihatan lebih berminat terhadap ikan-ikan mak longnya daripada Ikhwan yang kini berada di hadapannya. Deringan telefon bimbit Ehya' membantutkan niat Ikhwan untuk memulakan perbualan."Maaf Wan..." ujar gadis itu.
Kedengaran suara Ehya' menjawab salam. "Ya Allah! Biar betul Lydia...>>>>>Alhamdulillah kita sama-sama najah. Syukur!>>>>> Ehya' tak tahu lagi, mungkin jika ada rezeki ana apply kat sini saja...>>>>>>>>Enti nak pergi bumi Anbiya'? Alhamdulillah >>>>>Doakan ana diberi sakinah di sini...>>>>>insyaAllah....Syukran kerana beri Quwwah pada ana, ana tak kuat Lydia.......bukan ana nak lupakan ukhwah kita>>>>>Enti kena ingat walaupun kita tidak bersama tapi Deen yang kita bawa dan Tuhan yang kita pegang adalah sama.....>>>> Jazakallah ya ukhti...>>>> Waalaikumussalam..." Kali ini ucapan salam mengakhiri perbualannya. Kedengaran hamdallah tidak putus-putus meniti di bibir gadis itu.

"Ana...Eh, Ehya' najah, Wan...mudah-mudahan Ehya' dapat sambung belajar di sini. " Ehya' memberikan penjelasan tanpa dipinta. Matanya bersinar kegembiraan. "Kau memang cantik Ehya'." Bisik Ikhwan perlahan. "Ehya' masuk dulu...nak khabarkan bashira ni pada abi dan umi..." Ikhwan  tersentak. Namun dia sempat mengucapkan tahniah pada gadis itu walaupun dia kurang faham apa yang Ehya' katakan, mungkin berita baik... bisik hati kecilnya.

Keperibadian Ehya' sedikit sebanyak membuka mata Ikhwan untuk menilai keindahan Islam. Dia tidak pernah melihat wajah Ehya' kerana wajahnya terlindung di sebalik cebisan kain. Walaupun mereka sepupu, keengganan Ehya' membuka furdahnya tidak mengeruhkan hubungan mereka. Dato' Ainuddin dan Datin Emelda faham akan situasi anak saudaranya itu. Tidak pula mereka menyisihkan Ehya' malahan mereka melayannya seperti anak sendiri. Ikhwan teringin benar untuk melihat wajah sepupunya itu begitu juga Imani. Aleeya adik bongsu mereka selalu menceritakan perihal sepupunya itu. Katanya, Ehya' cantik seperti bidadari. Jika dia tidak berjilbab... pasti Ikhwan dan Imani akan bergaduh merebutkanya. Tidak dapat pasangan kembar itu membayangkan bagaimana rupanya...Subhanallah!

"Wan...kenapa you ni? I call you tak angkat, I ajak you keluar you tak nak, I datang rumah you pun, you buat macam ni kat I. Please Wan... say something" Suara Natasya Zulaikha mulai kendur. Ikhwan masih diam. "Sebab sepupu you ke? Bagus sangat ke dia dari I, Wan...You jangan nak selindung dari I, semua I tahu" Ingin sahaja Ikhwan menampar gadis itu namun dia masih mampu bersabar. Ikhwan tidak memandang walau seinci pun raut wajah Natasya, dia palingkan mukanya ke arah lain. "Maaf, Natasya...tahun ni kita bakal menduduki SPM kan? You tengok result you... Cerah ke masa depan? Walaupun daddy you banyak harta, itu tak mampu menjamin masa depan you..." Ikhwan bersuara tegas seraya bangun. Belum sempat dia masuk ke dalam kedengaran suara seorang gadis memberi salam. Ikhwan menjawab perlahan. Natasha terpegun. Itukah sepupu Ikhwan?
"Wan sorang je? Yang lain ada?" Soal Ehya' penuh curiga. Kak Ehyaaaaaaa'! jerit Aleeya keriangan yang baru muncul di muka pintu. "Apasal tak bagitau nak datang? papa dengan mama takade sekarang ni.."Terang Aleeya tanpa meghiraukan tetamu pertamanya. "Lailahailallah....ya ke? pak long dan mak long ke mana?" Ehya' seraya menyoal ingin tahu. "Syria...biasalah orang bisness," jawab Alleya selamba. Gadis berusia 13 tahun itu amat lincah. Dialah penghibur keluarga dan pengubat duka lara. Sifat manjanya dan keletahnya amat menghiburkan. "Laa...kenapa semua diam aje ni... Along! Kenapa tak ajak Kak Sha dan Kak Ehya' masuk!" Lantang suaranya membingitkan telinga remaja-remaja tersebut.

Natasya mengikut Ehya' ke bilik Aleeya. Dia masih mencuri-curi pandang gadis itu. Baginya Ehya' terlalu istimewa. Perlahan-lahan Ehya' membuka niqabnya. 'Cantiknyaaa...' hanya itu yang terkeluar dari mulut Natasya. Aleeya tersengih. "Maaf sekiranya Sya kurang senang dengan penampilan Ehya' tapi hanya dengan cara ini Ehya' dapat menyelamatkan umat-umat Rasulullah terutamnya syabab kita! Ehya' tahu tentang penerimaan orang di sini pada wanita yang berjilbab tapi Ehya' merasakan wajib untuk melakukannya kerana takut menimbulkan fitnah. Rasulullah juga ada bersabda : Sesungguhnya wanita merupakan fitnah terbesar pada akhir zaman." Ehya' bermuqaddimah. Suaranya lembut memukau. Lain benar dengan percakapan ketika mereka berada di bawah sebentar tadi.
Tangan Natasya dipegang erat. "Sya.., walaupun Ehya' sepupu dengan Ikhwan dan Imani, mereka tetap ajnabi kan? Halal bagi Ehya' untuk berkahwin dengan mereka. Bukan Ehya' ingin membangga diri atau mengatakan diri ini cantik tetapi Ehya' takut! Takut ianya akan menyumbang kelalaian pada mereka dan pada maksiat hati yang mereka lakukan. Begitu juga diri ini. Sya... Wanita itu nazneen (hiasan) dunia kan? Dan seindah Nazneen (hiasan) adalah wanita solehah." Hati Natasya bagaikan tersentap mendengar madah yang terluncur di bibir gadis kacukan itu. Selama ini dia tidak memikirkan itu semua. Malah dia tidak pernah tahu pun. Dia dilahirkan di UK ketika papa dan mamanya masih belajar di sana . Baru beberapa tahun dia menetap di Malaysia. Di sini dia tidak ramai kawan. Keakrabannya dengan Ikhwan pun disebabkan sesuatu peristiwa yang tidak disengajakan. Ketika itu, mereka berada di tingkatan dua. oleh kerana dia merupakan anak tunggal dia sering keseorangan. Pada suatu hari, Natasya berjoging di taman reakreasi berdekatan dengan kawasan perumahannya. Entah bagaimana, dia terlupa jalan pulang. Dalam masa yana sama, Ikhwan dan Imani pulang dari tuisyen dan membantunya pulang ke rumah. Malah Ikhwan sanggup menuntun basikal beriringan dengannya manakala Imani hanya mentertawakannya. Jika dahulu dia sangat membenci Imani kini tidak lagi. Dia faham perangai Imani yang cukup kuat mengusik. 
Perangai pasangan kembar itu amat jauh berbeza. Ikhwan kelihatan lebih matang dan tenang.  Dia terasa disayangi dan dilindungi. Kesibukan papa dan mamanya membuat Natasya berasa kesepian dan ketandusan kasih sayang. Ikhwan pula amat mengambil berat akan dirinya dan kerana itu dia amat menyayangi Ikhwan.
Air mata Natasya mengalir deras dari tubir matanya. Kedengaran suara Ehya' memujuk lembut dan mengusap perlahan bahu Natasya. Dipeluk sahabatnya itu erat-erat agar mengalir mahabbah dan terus membina kekuatan dalam diri gadis metropolitan itu untuk berhijriah.

***********

Mengapa aku tidak menjadi seperti Ehya'. Wajahnya terpamer 1001 ketenangan. Apatah lagi dengan renungan matanya yang redup, walau raut wajahnya terlindung di sebalik furdah yang dipakainya, namun setiap mata yang memandang pasti tertarik dan ingin mengenalinya. Subhanallah... Benar kata Ehya', sekiranya dia tidak berjilbab pasti dia menjadi buruan sang kumbang. Terngiang-ngiang kata-kata Ehya' ketika mereka sama-sama mendegar lagu-lagu jihad ketika dia menziarahi gadis itu petang tadi di banglo mewah Dato' Ainuddin. "Apabila telinga kita mendengar lagu-lagu yang tidak soleh, hati kita gersang dengan ketenangan. Syaitan  mudah sahaja bersarang di hati dan membisikkan perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah juga meniupkan sifat-sifat mazmumah supaya kita dapat menemaninya di neraka jahannam kelak" Tidak semena-mena air mata Natasya mengalir tanpa disedari. Selama 17 tahun dia hidup, tidak pernah dia merasai ketenangan sebegini rupa. Adakah perasaan ini yang dirasai oleh Ehya'? Sudah beberapa kali Natasya berjumpa dengan Ehya' untuk mencari nur ketenangan daripada sahabat yang disayanginya.

***********

Itqan dan Ehya' berjalan seiringan menuju ke Mahallah mereka, Mahallah Maryam, bilik 3-4 al-buruj. Mereka baru selesai mengikuti majlis ta'alim di musolla. Setibanya di bilik, masing-masing masuk ke petak bilik. "Ehya'! Enti nak makan?" Muncul Itqan di muka pintu petak bilik Ehya'. "Boleh juga... ana lapar ni." Jawab Ehya' . Mereka sama-sama duduk di ruang tengah untuk menikmati makanan. Itqan menghamparkan tikar sebagai alas. Roti coklat dikeluarkan manakala Ehya' menyediakan dua cawan habbatus-sauda'. "Itqan, ana nak balik rumah mak long hujung minggu ni, Sudah sebulan ana tak ziarah mereka sekeluarga." Ehya' memulakan perbualan. "Sorang? Enti tak nak ajak ana?" Itqan berkata sambil mengenyitkan mata. Ehya' mencubit peha Itqan. Itqan mahu diperkenalkan pada pasangan kembar sepupunya, Ikhwan dan Imani. "Memang ana cadang nak bawa enti tapi enti ni macam ada niat lain je..." Ehya' sekadar mengusik. Itqan menarik muka masam. Berpura-pura merajuk. Ehya' ketawa lembut sambil menggeletek dagu lekuk Itqan. Itqan cuba menahan geli dan akhirnya dia kalah. Mereka sama-sama ketawa. Ehya' tahu sahabatnya tidak begitu. Itqan seorang mujahidah yang hidupnya atas jalan dakwah dan tarbiyah. Dirinya sarat dengan roh perjuangan sehiggakan Ehya' turut merasai tempiasnya. Persahabatan Ehya' dan Itqan bermula sejak hari pertama di UIA lagi. Mereka berkenalan sewaktu pendaftaran dan kebetulan diletakkan di bilik yang sama. Pada mulanya Itqan segan untuk bersahabat dengan Ehya' namun apabila melihat ketulusan gadis kacukan itu, dia bersyukur yang tidak terhingga. Perkenalan mereka selama sebulan akhirnya mencambahkan bibit-bibit kasih sayang kerana Allah. Mereka berdua amat serasi, maklumlah kerana kedua-duanya memakai furdah. Tidak ramai mahasiswi di UIA ini yang berfurdah seperti mereka jadi tidak hairanlah jika mereka banyak berkongsi rahsia hati. Teringat Itqan sewaktu di berada di Darul Qur'an.
Dia amat gembira dikelilingi oleh teman-teman yang bibir mereka sentiasa dibasahi dengan zikrullah, madah-madah indah sentiasa terukir di bibir yang merah merekah menyirami muhasabah juga munyuburkan quwwah. Hati-hati yang sentiasa takutkan Allah menjalinkan ukhwah dalam satu matlamat dan aqidah. Suasananya penuh dengan biah solehah dan masing-masing berlumba-lumba ingin menjadi qudwah hasanah harapan ummah.  Kerinduannya kepada tempat itu tidak dapat dibendung lagi. Begitu juga kepada sahabat tercinta Alyaa Qistina. Keakraban mereka sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Mereka sering berkongsi rahsia hati. Namun setelah mereka memilih haluan yang berbeza, hanya warkah dan internet menjadi medan untuk melepaskan kerinduan masing-masing. Qistina memilih melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya'  dalam jurusan perubatan manakala setelah Itqan beristikharah, hatinya terbuka untuk menyambung pelajarannya di sini sahaja setelah mendapat sijil hafazan di Darul Qur'an selama setahun setengah. Kini dia menyambung pelajaran di UIA dalam jurusan Sains Kemanusiaan dan Psikologi. Sedang asyik mereka menikmati makanan sambil berbual mesra, tiba-tiba kedengaran suara seorang gadis memberi salam. Ehya' bangun untuk membuka pintu. "Syabiq!" Jerit gadis itu sambil memeluk erat Ehya'. "Asif, ana bukan Syabiq tapi Ehya'. " Ehya' bersuara lembut sambil tersenyum manis. Dia menarik lembut tangan gadis tersebut lalu mempelawa duduk. Itqan yang dari tadi asyik menjamu selera bersalaman dan memeluk erat sahabatnya manakala Ehya' berlalu ke petak biliknya untuk menyediakan minuman kepada tetamu mereka.
                       
"Syabiq, boleh ana tanya enti sesuatu?" Nazeera bermuqaddimah setelah mereka saling bertanya khabar. Syabiq merupakan panggilan mesra Itqan ketika di sekolah menengah. Dahulu mereka agak rapat sehinggakan ada fatayat yang pelik dengan keakraban mereka. Kerana mereka amat berbeza dari segi perwatakan dan semuanya. "Salahkah ana berkawan dengan syabab? Ana cuma nak ubah dia jadi baik..." Itqan menarik nafas dalam-dalam. Jika dahulu soalan sebegini yang ditanya kepadanya dijawabnya dengan berkias tetapi tidak kali ini. Dia perlu tegas dengan penjelasannya agar sahabatnya kembali kepada fikrah islam. "Kenapa enti nak kawan ngan dia? Handsome sangat ke syabab tu?" Gurau Itqan menceriakan mood Nazeera. Nazeera hanya tersenyum sambil memukul lembut bahu Itqan.
"Naz, bila enti kawan ngan dia ada tak enti call, chating dan saling berbalas sms?" Nazeera mengangguk perlahan. Enti pernah keluar denga dia?" Itqan menyoal lagi. Lagaknya seperti polis menyoal penjenayah. Kali ini Nazeera tidak mengangguk. Itqan sabar menunggu jawapan daripada sahabatnya. "Syabiq, ana minta maaf. Ana jahat! Ana tak sebaik enti. Ana tak boleh bila dia ajak ana keluar, ana kesian kat dia..." Itqan menggenggam erat tangan gadis yang berada di hadapannya. Diusap lembut bahu Nazeera. "Enti mesti marah ana kan? Enti selalu ingatkan yang kita tidak boleh keluar dengan lelaki ajnabi tapi.. Ana ingat lagi enti cakap kat musolla.. Jangan buat macam tu, nanti mengundang kepada maksiat hati, nanti syabab kita lalai." Nazeera bersuara perlahan sambil menundukkan kepalanya. Segan dia untuk bertentang mata dengan sahabat yang amat setia mendegar segala celotehnya dulu. Sahabat yang menjadi mangsa melepaskan kemarahan setiap kali dia bergaduh dengan syabab.  
"Naz, kita mesti berpegang teguh dengan sikap ubudiah. Maksudnya, mentaati DIA dalam segala urusan kehidupan. Apa-apa perkara yang perlu diutamakan adalah ketaatan padaNya. Maksudnya, Naz  kena utamakan ketaatan padaNya berbanding perkara-perkara lain. Sebagai contoh, dalam bersms, chatting call-call lelaki ajnabi atas urusan yang tidak penting. Begitu juga dengan gurau senda antara lelaki dan perempuan. Mungkin ada sesetengah daripada kita masih keliru samada perkara ini merupakan satu dosa atau tidak.  Kalau dilihat dari sudut positifnya, ianya mendatangkan faedah yakni kerjasama antara lelaki perempuan dapat dipupuk. Tapi dalam masa yang sama ia juga dikategorikan sebagai menghampiri zina...Hukum buat perkara-perkara tu jelas haram. Jadi, di sinilah peranan ubudiah dimainkan. Utamakan ketaatan padaNya berbanding yang lain."  Nazeera mengangguk dengan keterangan yang Itqan berikan. "Tapi...ana tolong dia demi Islam juga kan?" Bijak Nazeera mencipta soalan. "Ya...tapi ada cara lain kan? Itqan bersuara lembut. Suara itulah yang medamaikan jiwa Nazeera setiap kali dia dilanda masalah. Itqan cuba mencari sinar ketulusan dalam diri Nazeera melaui pandangan matanya. " Asif ya hebibati kalau ana menyibuk. Salah bagi seorang Muslimah berurusan dengan lelaki ajnabi kecuali dalam tiga keadaan iaitu menuntut ilmu, perniagaan dan kesihatan. Syabab tu takkan tidak ada ikhwan yang dapat membantunya?" Ehya' yang dari tadi menjadi pendengar setia mula besuara. Sama seperti Itqan suaranya lembut mendamaikan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bertuah sungguh ikhwan yang dapat mereka berdua. "Mereka dah dewasa dan pemikiran mereka sudah matang. Naz, syabab dah jelas dengan fikrah mereka." Kata-kata itu dituju khas kepada ikhwan SAM Bestari. Itqan tahu, syabab yang dimaksudkan oleh Nazeera pasti ikhwan dari sekolah mereka dahulu.
"Jadi selama ni, apa yang ana buat tu.. kira dosalah ya?" Itqan tidak mengangguk juga tidak menggeleng. Dia tersenyum manis sambil matanya menatap Nazeera dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Begitu juga Ehya'. "Naz, masyarakat pada hari ini sudah tidak nampak mana dosa dan mana pahala. Ana minta maaf sekiranya ianya mengguris hati enti, tapi itulah hakikatnya. Kerana apa? Kerana kita sudah tidak menghayati Islam itu sendiri. Pendekatan dakwah dan tarbiyah telah disalahertikan oleh mereka yang memandang enteng akan keindahan Islam walaupun mereka tahu Islam adalah agama yang syumul dan kamil. Bagi mereka, dakwah dan tarbiyah itu kolot dan menyekat kebebasan. Sedangkan pada zaman Rasulullah uslub inilah yang Baginda gunakan sehingga Islam telah berkembang ke seluruh pelosok dunia." Penjelasan yang diberikan olah Itqan amat menikam jantung Nazeera hingga ke sukma. Pelajar keluaran SAM Bestari pasti faham dengan apa yang Itqan perkatakan.  
" Sebenarnya syabab kita di sini sudah tenat, Naz. Hidup mereka penuh kemewahan. Bukan syabab sahaja, malah kita juga. Kita tidak fikirkan saudara seislam kita yang lain yang berada di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan dan negara-negara Islam yang lain! Kita di sini pentingkan diri! Jika syabab di sana malahan anak-anak kecil sekalipun, hidup mereka hanya kerana Islam. Mereka tidak takut mati malahan berlumba-lumba untuk mati kerana mereka tahu mereka pasti digelar Syuhada' walaupun hanya bersenjatakan..."  Ehya' sudah tidak mampu meneruskan kata-kata. Ehya' meminta izin untuk masuk ke petak biliknya. Segala memori lalu menerjah ingatan. Kepiluan mencegkam hati. " Ya Allah... Kau kuatkalah hatiku ini" Ehya' sedaya upaya menhan tangisan.
Di ruang tengah, kedengaran esakan perlahan ditemani air mata penyesalan seorang yang bergelar muslimah. Itqan memeluk erat sahabatnya. Pelukan eratnya diharapkan dapat menyalurkan quwwah pada Nazeera. Sudah lama dia menunggu saat itu, di mana hati sahabatnya yang seorang itu dapat dilembutkan dan tunduk dengan perintah Allah. Akhirnya setelah 5 tahun, Allah membalas segala usaha dan penat lelah Itqan, seorang dai'eah. Sms yang dikirim oleh sahabat tercinta, Qistina ketika akhir tahun tingkatan 4 masih segar dalam ingatan. Hati madu' itu ibarat sabun buku. Tidak perlu gunakan pisau utuk mencairkannya tapi memadailah dengan hanya menggunakan air yang lembut untuk mencairkannya. Dakwah yang berhikmah itu ibarat air jernih yang lembut tapi mampu mencairkan hati madu' yang keras.

***********

Ya Rabbi...betapa kotornya hati ini, lalai daripada mengingatiMu, bibir ini...tidak dibasahi kalam AgungMu, mulut ini... gagal membicarakan maslahah ummahMu, telinga ini.. .tidak mendengar kalimah suciMu, tangan ini... tidak ku sumbangkan ke jalanMu, kaki ini... tidak ku arah ke Taman-taman SyurgaMu, dan jiwa ini...sakit tiada penawarnya...

Esak tangisan Ehya' mulai kedengaran. Ditahannya sedaya mungkin. Bibirnya bergetar membacakan surah al-Insan dengan lancar. Kemudian dia meneruskan dengan surah Taha sehingga ayat terakhir. Air mata keinsafan bertamu di waktu malam hening yang hanya milik Maha Pencipta. Di saat insan lain sedang enak dibuai mimpi, dipaksa dirinya untuk bangun berdating dengan Kekasihnya. Mencari sakinah, quwwah dan mahabbah daripada yang Maha Esa. Malam itu dia bermalam di rumah mak longnya kerana badannya tidak berapa sihat. Lagipun, sahabat kesayangannya Itqan pulang ke kampung kerana ada majlis walimatul 'urus kakak sepupunya.

Pagi itu Ehya' terasa kepalanya berdenyut-denyut. Ehya' mengaduh kesakitan. "Ya Allah... adakah masanya telah tiba." Hati kecil Ehya' merintih. Memori lalu menerjah ingatan. Tidak! Tidak!! Tidaaaaak!!!" Ehya' menjerit sekuat hati. Aleeya yang baru selesai membersihkan diri terkejut. Begitu juga Datin Emelda, Dato' Ainuddin, Ikhwan dan Imani. Masing-masing bergegas ke bilik Aleeya.  Melihat raut wajah Ehya' yang pucat, Datin Emelda menjadi tidak keruan. Aleeya Insyirah segera memangku kepala Ehya'. Dia memicit lembut kepala kakak sepupunya itu dengan penuh rasa kasih.  Pada mulanya Ikhwan dan Imani ingin turut serta membantu namun dihalang oleh Aleeya. "Maaf Along, Angah... tolong hormati Kak Ehya'." Tegas sungguh suara Aleeya tidak seperti selalu. Ikhwan dan Imani saling memandang. Akhirnya mereka tertunduk akur dengan arahan adik bongsu mereka. Begitu juga Dato' Ainuddin. Dia mengambil keputusan untuk menelefon abi dan umi Ehya'. Di bilik, Ehya' mulai teresak-esak.. Dia mendakap erat Datin Emelda. Wajah tulus itu tergambar kesedihan yang amat sangat. Datin Emelda mengerti.

Di hospital, semua berwajah sugul. Ehya' berlagak tenang. Wajahnya yang selama ini terhijab di sebalik cebisan memancarkan ketenangan pada setiap mata yang memandang. Redup matanya memandang seorang demi seorang. Ikhwan dan Imani kelu tanpa suara. Benar apa yang Aleeya katakan. Pada mulanya mereka serba salah untuk masuk namun Dr. Aisha, umi Ehya' membenarkan. Begitu juga pak ngah mereka, Fahri Taqiuddin. Natasya tidak berhenti-henti menangis sejak tadi. Dia takut kehilangan  Ehya'. "Sya... tolong callkan no ni..." Ehya menyuakan handsetnya, Itqan... tertera nama di situ. "Awak takkan kehilangan, Sya..." Bisik Ehya perlahan sambil memegang erat tangan Natasya.

2 comments:

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

Salam..
dj buat sendiri ke?
best la cite ni..
teringin nk buat cerpen tp xda masa..:)

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

salam...
ha'a... cube2 je..
InsyaAllah yati pun boleh bwt > baik..
jdkn penulisan sbg 1 medium utk berdakwah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...