Saturday, February 25, 2012

Mujahadah Cinta

Aula masih tertunggu-tunggu kalam dari abahnya. Dari tadi masih tidak bersuara. Hatinya berdebar-debar namun dia pasti ini mesti pasal taqdim lelaki kepadanya. Dari raut wajah abahnya, dia sudah maklum tentang itu.
“Kak… ada seorang lelaki soleh taqdim kakak melalui abah.”
Aula tidak terkejut kerana dia sudah menjangkakannya. Tapi siapa? Siapakah lelaki yang dikatakan soleh oleh abah itu? Dia malu untuk bertanya tapi akhirnya digagahkan jua.
“Siapa bah?”

Kami mencintaimu ya Rasulullah

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
 "Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

"Lau kana bainana al-habib..."















Ya Rasulullah
Engkau ingin berjumpa dengan mereka,
Kamikah itu, ya Rasulullah?
Engkau rindukan mereka,
Kamikah itu, ya Rasulullah?
Engkau dambakan mereka,
Kamikah itu, ya Rasulullah?


Duhai Rasulullah
Engkau ingin bertemu dengan mereka yang tidak pernah engkau jumpai
Kamikah itu, ya Rasulullah?
Mereka yang bibirnya selalu bergetar mengucap selawat bagimu
Kamikah itu, ya Rasulullah?
Engkau ingin datang memeluk mereka,
Bagi memuaskan kerinduanmu
Kamikah yang engkau rindukan itu, ya Rasulullah?
Engkau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan selawat
Dengarlah selawat kami bagimu, ya Rasulullah
'Allahumma shalli ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad'
Maka hadirlah engkau dalam jiwa kami,
dalam mimpi-mimpi kami
Masih kami ingat sabdamu,
"Barangsiapa yang datang kepadaku, aku akan memberi syafaat di Hari Kiamat."
Labbaika ya Rasulullah, kami datang
Maka, wahai yang mulai di sisi Allah,
Berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah

~haddad alwi~



TANDA-TANDA ORANG YANG MENCINTAI RASULULLAH SAW

Pertama, orang yang benar-benar cinta kepada Rasulullah pasti tidak akan malu menyatakan cintanya dengan lisan. Dia tidak akan malas mengucapkan selawat bagi Nabi Muhammad, dia tidak akan segan menyebut-nyebut kemuliaan dan memuji akhlak baginda. Para sahabat dahulu sudah memberikan contoh kepada kita betapa mereka rasa tulus menyatakan cinta kepada Rasulullah melalui lisan mereka.

Kedua, orang yang benar-benar cinta kepada Rasulullah pasti merindukan pertemuan dengan baginda lebih dari segalanya. Adalah hal yang wajar bagi setiap orang, kita ingin dan selalu berharap bertemu dan berkumpul bersama orang-orang yang kita cintai. Barangsiapa benar-benar mencintai Rasulullah, maka dia akan pasti rindu dan berharap dapat bertemu serta menemani baginda, baik di dunia mahupun di akhirat. Jika disuruh memilih antara Rasulullah atau kenikmatan dunia, maka dia lebih memilih untuk bertemu Rasulullah. Dia sangat bahagia ketika bertemu dengan baginda dan sangat sedih apabila berpisah dengan baginda. Subhanallah!

Ketiga, orang yang benar-benar cinta kepada Rasulullah harus bersedia berkorban, kerana pengorbanan adalah puncak pernyataan cinta. Orang yang dirudung cinta tidak segan-segan mengorbankan semua miliknya yang paling berharga demi orang yang dicintainya, baik berupa kesenangan diri, harta sekalipun nyawanya.

Keempat, orang yang benar-benar cinta kepada Rasulullah harus tunduk terhadap perintah dan menjauhi larangan baginda. Tidak dapat dimungkiri manusia akan selalu taat kepada orang yang dicintainya. Dia akan berusaha melakukan apa sahaja yang diinginkan oleh kekasihnya dan menghindari segala apa yang dibenci olehnya. Begitu juga orang yang benar-benar mencintai Rasulullah akan selalu berusaha dengan sungguh-sungguh bagi mengikuti jejak baginda, segera melaksanakan perintah dan menjauhi larangan baginda.

Kelima, orang yang benar-benar cinta kepada Rasulullah akan membantu menegakkan Islam dan menyokong perlaksanaan syariat. Rasulullah sudah banyak berkorban bagi mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju cahaya islam, daripada penyembahan kepada taghut menuju penyembahan kepada Tuhan yang sebenar.

Ya Rahman Ya Rahim...
bangkitkan semangat kami 
untuk mencapai kemuliaan akhlak kekasihMu
untuk mendalami sosok Nabi,
untuk mempelajari profil Nabi,
sehingga mencapai kesempurnaan hidup
serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rabbi
terbitkan kebangkitan muslimin - muslimat
 untuk meninggalkan kekerasan dan kembali kepada kelembutan
kepada akhlak Rasulullah
kepada keberkatan
kepada semangat muhajirin dan ansar.


~Habib Umar~

Monday, February 6, 2012

WARKAHCINTA~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."


WARKAH CINTA BUAT BAKAL BIDADARI-BIDADARI SYURGA,

Salam kasih & sayang buat permata-permata Islam yang sangat-sangat dirindui!

Apa khabar kalian? Apa khabar iman? Apa khabar hati? Apa khabar amal? Apa khabar study? Apa khabar segala-galanya? Ana harap adik-adik ana sentiasa ceria serta dilindungi dengan limpahan rahmat & redha Ilahi.

Adik-adikku sayang tingkatan satu,

Mungkin kalian tidak pernah bertemu dengan kakakmu ini. Namun ketahuilah, ana sayang pada kalian. Ana sayang pada mereka yang benar-benar mencintai Allah & Rasul dalam kehidupannya. Ana sayang pada mereka yang ingin belajar akan hakikat kehidupan dan terus mencari kebenaran.

Adik-adikku sayang tingkatan dua,

Mungkin diri ini kalian pun sudah ingat-ingat lupa dalam kotak memori. Tidak mengapa duhai adik-adikku. Cuma satu perkara yang ingin ana pesan, jagalah dirimu dengan sebaiknya, penuhilah ia dengan ilmu & iman.

Adik-adikku sayang tingkatan tiga,

Ya Allah… betapa sayangnya ana pada kalian. Kalian yang memberi keceriaan pada ana dan sahabat-sahabat dalam menempuhi kehidupan di bumi sliss ini. Harapan pada adik-adik ana yang solehah, moga diri kalian tidak berubah. Berubah daripada kebaikan dengan melakukan perkara-perkara yang Allah tidak suka. Jangan malas-malas study, fokus pada pelajaran & yakinlah padaNya Dia akan bantu kalian ‘ala kulli hal.

Adik-adikku sayang tingkatan empat,

Banyak sekali kenangan  kita bersama. Masihkah kalian ingat? Sungguh, ana tidak pernah ada rasa benci pada kalian. Maafkan kakakmu ini andai ada tindakan yang mengguris perasaan & hati kalian. Hiasilah diri kalian dengan akhlak & iman adik-adikku. Moga kehidupan kalian sentiasa diberkati.

Adik-adikku sayang tingkatan lima & enam,

Kalianlah kini kakak-kakak kepada adik-adikmu di bumi sliss. Corakkanlah dan didiklah mereka dengan sebaiknya. Adik-adikku, teringin sekali ingin ana melihat sekolah kita punya iklim dinie a.k.a biah solehah mungkin seperti satu ketika dulu. Ingin sekali ana melihat kalian seperti serikandi-serikandi Islam yang bisa menggoncang dunia. Ana tinggalkan mereka pada kalian dengan harapan sliss mampu melahirkan muslimah yang tsabat qolbinya, yang mantap imannya, yang tinggi ilmunya & kuat pengabdiannya pada yang Esa. Jadikanlah diri kalian qudwah kepada mereka. ‘Ala kulli hal semoga berjaya fil imtihan dunia wal akhirah.

Akhir kalam,

Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu SENYUMAN walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah MEMAAFKAN walau dirimu terluka, hiduplah dalam IMAN walau harimu dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan....Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.

“Ana sayang kalian kerana Allah…”

"Tuhan... saat ku merindui kalimahMu menyinari bumi ini, hatiku merintih sayu. Bilakah zaman kegemilangan itu akan kembali lagi? Tuhan…tsabatkanlah aku dalam menempuhi permusafiran ini…”

Dari kakakmu yang merindui~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...