Friday, January 13, 2012

14 JaN~

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Abah... panggilan yang tidak pernah lekang dari bibirku ini. Dari kecil hingga kini, abahlah orang yang sentiasa bersamaku selain mama yang telah pergi berbelas tahun dulu dan tok beberapa tahun lepas.

Abah... Biarpun kasihmu tidak kau zahirkan, aku mengerti yang kau amat menyayangiku, adik-adik dan umi, insan pengubat duka laramu. Terima kasih umi kerana menjadi penguat semangat abah untuk beliau terus meniti kehidupan mencari redha Ilahi. Semoga keluarga kita terus dilimpahi kasih sayang dan rahmatNya. InsyaAllah.

Abah... kau lah insan yang telah mencorak hidupku hingga menjadi seorang muslimah insyaAllah. Caramu sungguh istimewa. Bukan dengan kegarangan dan kekerasan tetapi kelembutan dan ketegasan yang luar biasa. Biarpun diri ini pernah dirotan dan diikat dek kenakalan dan 'keras kepala' yang sangat menggila, pastinya kau akan datang memujukku kembali. Bagaimana bisa aku menceritakan tentang dirimu, abah? Abah yang itu dan ini...

Abah... Anak gadismu kini sudah menginjak dewasa. Mungkin beberapa tahun lagi, aku bukan lagi menjadi 'amanah'mu. Tapi ketahuilah abahku tercinta, aku tetap selamanya menyayangimu dan terus menyayangimu.

'EIDUL MILADI YA ABI! SYUKRAN LAKA 'ALA KULLI HAL WA BARAKALLAH FIK!!


"Kakak sayang abah kerana Allah. Semoga kita sekeluarga bertemu di Syurga, insyaAllah~"


penangan mendengar lagu 'saat lafaz sakinah' dgn roomate, Halilah Ismail~
tiba-tiba teringat kisah satu malam bersama adik tersayang :

+ Kakak, nak dengar tak satu lagu ni, hayati betul-betul tau
 - erm...xde feel pun dik, lagu pasal apa?
+ ala, dengarla betul-betul
 - yelah-yelah
+ masa adik first2 dengar lagu ni, adik terbayangkan kakak ngan abah.
adik nangis kak...macam mana la time kakak nikah nanti kan?
- aik, ke situ pulak... sdih ke? sayang jugak hang kat kakak kan...hihi

Monday, January 9, 2012

nak dekat dgn DIA!

بسم الله الرحمن الرحيم و استغفر الله
"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."
 
Allah ghoyatuna... Allah...Allah~
TIPS UNTUK DEKAT DENGAN 'DIA'

  1. Meletakkan DIA sebagai no. 1 dalam hidup
  2. Segera menyahut 'calling' daripadaNya
  3. Beri perhatian emel & sms daripadaNya
  4. Selalu pandang mmsNya
  5. Selalu malu saat 'dating' denganNya
  6. Rindu & ingat padaNya sentiasa
  7. Banyakkan menyebut namaNya
  8. Bersabar dengan ujian daripadaNya
  9. Mencintai segala sesuatu yang berkaitan denganNya
10. Didik jiwa biar ada rasa luar biasa bila berhadapan denganNya
11. Cemburu kepada orang yang lebih menunujukkan cinta mereka kepadaNya
12. Berusaha keras untuk meraih cinta & redhaNya

Allahu Rabbi...
Adakah kita melakukannya?
Adakah kita mampu meletakkan DIA yang paling aula dalam segenap urusan kehidupan?

Fikir2kan & renung2kan...

Allahu Ta'ala A'alam...~

glosari
calling = azan + solat
emel & sms = al-Quran
mms = alam ciptaanNya (kebesaran & keagungan)
dating = saat beribadah kpdNya (tahajud)

Salam imtihan sahabat-sahabat!
Teruskan perjuangan utk bbrpa madah yang masih berbaki!
Allahu Akbar!!!

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا  

mood : semangat imtihan ^__^

Wednesday, January 4, 2012

Rindu kamu!

"Ku serahkan segalanya hanya kepada-Mu Duhai Pemilik Cintaku..."

Tika ini, ana sangat-sangat merindui seseorang yang sangat-sangat ana cintai. Seseorang yang sentiasa tersenyum saban waktu. Seseorang yang hanya diam tatkala ana asyik becerita & sudi menjadi pendengar setia. Mungkin dia tidak istimewa di mata orang lain namun pada ana dialah sahabat ana dunia Akhirat insyaAllah. Mungkin juga dia tidak dikenali ramai seperti sahabiah yang lain namun ukhwah antara kami tidak mampu ana ungkapkan dengan kata-kata. Subhanallah... besarnya ni'mat yang Allah beri untuk kami merasai sedikit rasa kasih sayang itu. Alhamdulillah.

Ukhti hebibati,

Banyak cita-cita dan angan-angan kita kongsi bersama dari dulu hingga kini dan ana tidak pernah lupa. Bukan itu sahaja, malah kita sanggup berkongsi segalanya dan ukhti tidak pernah sekalipun berkira dengan ana. Sungguh! Amat sukar untuk mencari sahabat & juga untuk menjadi sepertimu. Ukhti, kita jarang sekali berjumpa dan ana masih ternanti-nanti saat itu. Oh, Alangkah indahnya!

Ya ukhtiel karimah,

Yakinlah dengan Allah yang Dia tengah uji ukhwah kita. Dia tengah uji sejauh mana kita mampu membendung rasa rindu ini dan kerana itu Dia tangguh dahulu pertemuan kita. Ukhti, ana ingat lagi saat kita terpisah selepas tingkatan lima, betapa kecewanya ana tika itu kerana tidak dapat mengejar impian kita bersama. Impian untuk masuk ke Darul Quran, impian untuk sama-sama mengislahkan diri di bumi huffaz itu. Haluan kita berbeza, ana menyepikan diri seketika, dan berasa malu denganmu. Namun ukhti, kau tetap merisik khabar tentang diriku. Kau masih seperti dulu malah keindahan peribadimu lebih-lebih lagi dan kian terserlah. Kau juga masih menganggap diriku ini sahabatmu & ana cukup berbangga punya sahabat sepertimu ukhti.

Allahu Ta'ala A'alam...

" khas buatmu ~ Ukhti Nurasnida binti Yusof "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...