Sunday, August 28, 2011

bersederhanalah

 Bibismillah wa astargfirullah 'ala kulli zanbin...

Seminggu hanya mampu memandang blog ini sepi. Merasakan tiada entri yang bermanfa'at untuk dikongsi akhirnya, ditinggalkan begitu saja. Hari ini hari terakhir kita semua di 'akademi tarbiyyah ini'. Sebak di dada bila mengenangkan amal sepanjang 29 hari yang dilalui entah diterima atau tidak. Dapat bersua dengannya pada tahun depan atau tidak dan esok adalah hari kemenangan. Kemenangan bagi kita umat islam kerana berjaya menghabiskan latihan intensif iman ini. Namun adakah kita menang dalam erti kata sebenar? Kemenangan sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqin? Juga natijahnya, adakah kita mampu mencapai tingkat tertinggi dalam akademi ini iaitu puncak taqwa? Ana mengharapkan, moga 1 syawal esok menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur & taqqarub billah. Dalam kita riang gembira menyambut hari raya, usahlah dilupakan pada mereka yang kurang bernasib baik. Pandanglah kiri dan kanan kita, selamilah  kesengsaraan dan penderitaan mereka dan bantulah kepada insan-insan yang memerlukan. Kepada insan-insan tersayang yang telah terlebih dahulu dijemput panggilan Ilahi, usah lupa untuk sedeqahkan al-fatihah juga surah al-ikhlas untuk mereka. Moga mereka ditempatkan bersama orang-orang soleh & beriman. Perlu diingatkan juga untuk diri ana  sendiri, bersederhanlah! Bersederhanalah 'ala kulli hal kerana Rasulullah amat suka umatnya yang bersederhana dalam setiap urusan mereka. Allah... Moga Dia redha segala usaha kita. Amiin... 












Buat saudara-saudaraku yang dicintai Lillah...
Maaf andai diri ini bisa melukakan & mengguris hati kalian,
Maaf andai diri ini pernah terkasar bahasa, tersalah tingkah tanpa disedari,
Maaf andai diri ini bukan anak, kakak & sahabat yang baik untuk kalian,
Kerana diri ini bukanlah gadis yang kamilah
Namun cuba berusaha untuk menjadi muslimah, mukminah, muslehah & suffiah biiznillah
 
Moga rabithah hati antara kita tertaut berlandaskan cintaNya
Moga kita semua sentiasa dirahmati & diredhai
Amiiin....~

Ya Rabbul Jalal 
Ampuni aku kerana diri ini bisa melanggar perintahMu
Meremehkan syariatmu juga tidak menjaga sensitiviti terhadap agamaMu
 Aku hambaMu yang lemah ini mohon
Mohon nusroh agar Kau bisa pegang hati ini
tetap utuh pada jalanMu yang Kau redhai
 
Allahu Ta'ala A'alam

Tuesday, August 16, 2011

Little steps towards JANNAH...~


Antara keta'atan dan keinginan
Dia terpaksa memilih
Berkorban diri untuk orang lain
atau mementingkan diri ikut kepuasan hati

Dan
Keta'atan itu dipilih
walau dia tidak pernah merasai bahagia
Keta'atan itu dipilih
walau hatinya penuh sengsara
Keta'atan itu dipilih
walau jiwanya lama merana
Keta'atan itu dipilih 
walau saban hari ditemani air mata duka
Keta'atan itu dipilih
walau terpaksa melalui derita

Dan
Keinginan itu
Tersimpan di sudut hati yang paling dalam
Masih rigid di situ
Menanti detik-detik bahagia
Bebas dari derita
Jauh dari sengsara


"Bersama menuju mardhotillah..."

Monday, August 15, 2011

Ragam mereka...~

Bi bismillah wa astargfirullah 'ala kulli zanbin....~

Hari ke-15 di bulan barakah, bulan mulia. Ramadhan Syahrut Taghyir! Tapi, ana merasakan ada perkara yg tidak kena pada diri ini. Mungkin tiada anjakan paradigma dalam beribadah & ana tidak berusaha untuk itu. "Ya Allah... ampunilah hambaMu ini dan rahmatilah daku dan keluargaku serta seluruh umat islam."

Rutin ana masih seperti biasa, sejak mulanya cuti hingga kini. Tidak berubah. Setiap pagi ana akan berjalan kaki ke tempat kerja. Dikelilingi kanak-kanak samada sewaktu tusyen, tika kelas mengaji au di rumah adakalanya meguji kesabaran. Acapkali itu, ana pasti akan teringat "SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN". Hati ana terpujuk dan akhirnya lega sendiri.

Alhamdulillah... Usrah berjalan seperti biasa. Saban minggu akak-akak kesayangan pasti datang menjenguk adiknya yang tercinta ni. Rasa sungguh bahagia walau liqa' kami hanya sebentar cuma. Kerinduan yang mula menjalar di jasad kepada sahabat-sahabat dan para akhowat turut terubat dengan kehadiran mereka. Sekurang-kurangnya dapat juga diri ini berbicara tentang agama, tentang ummah. Alhamdulillah...

Erm... tentang suasana berbuka puasa di rumah ana pula, mungkin kalian sudah maklum. Gamatnya teramat! Kadang-kadang malu jugak dengan jiran-jiran tapi lumrahlah jikalau satu rumah ada 10 orang anak, meriahnya usah dicerita. Cuma apa yang ana kagum dengan adik-adik ana ni, mereka tidak pernah berkira dalam soal makan. Nak mintak ayam percik ke, kfc ke, pizza ke... tak de semua tu. Mereka juga tidak pula meragam nak ke bazar ramadhan. Apa yang dihidang dan dimasak itulah mereka makan. Cumanya kuantiti setiap orang kena sama. Wajib! Jika tidak pasti ada saja yang terbalik dan apa yang seronoknya tiap hari pasti juadah yang dihidang licin. Alhamdulillah... Lagi satu, mereka juga tidak kisah jikalau abah belikan barang yang murah au second. Asalkan barang itu boleh guna. dan wajib semua orang kena dapat! Aish... macam-macam! Begitulah ragam adik-adik kesayangan ana ni.

Apa lagi ye yang ana nak cerita? Tiba-tiba ana rindu pula pada seseorang. Seseorang yang saling kami berkongsi duka dan gelak ketawa, seseorang yang sentiasa memahami tika air mata ini jatuh berguguran tanpa perlu diberitahu, seseorang yang itu dan ini. Jikalau dulu pantang jumpa pasti nak bertekak, pantang jumpa ada saja benda yang nak digaduhkan, pantang jumpa ada saja benda yang nak direbutkan.

Kapan ya kau mau pulang, dik? 
Moga 'bumi waqafan' banyak mengajar & mendidikmu sayang...~

Allahu Ta'ala A'alam...


"Semoga satu hari nanti kalian bisa menjadi 'alim ulama'... insyaAllah~


 "Ya Allah, moga kami semua menjadi anak yang soleh & solehah..."


Saturday, August 13, 2011

'berBUKA & berBBQ'

Bi bismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Semalam, kami pelajar-pelajar ex-SKS5 berkumpul lg. Kali ini kami berpeluang berbuka puasa dan berBBQ di rumah Cg. FB a.k.a Pn. Faridah Borham atas cadangan Hamizah Matsom & sokongan daripada Atiq Masri, ex-head boy kami. Entah kali yg ke berapa ana pun tidak pasti. Alhamdulillah... Walaupun masing-masing berbeza haluan, berpisah sudah lama namun masih ada ikatan antara kami walaupun agak kekok dan segan pada mulanya. Apa yang paling berharga ialah kami masih lagi berhubung dengan guru-guru kami walaupun sudah hampir 7 tahun meninggalkan alam sekolah rendah.  

Macam-macam khabar sahabat-sahabat ana sekarang. Yg ikhwahny kalau ana jumpa tepi jalan sejujurnya memang ana tak cam. Lain benar, fizikal, suara, gaya dan semuanyalah. Akhowatny pun semua sudah punya imej baru. Semoga kalian sentiasa dirahmati & diredhai, insyaAllah.

SEBELUM BERBUKA

Suka suasana rumah cikgu, pekan tp mcm kat kampung. Permai...~

Yg depan ni posing je, jejaka2 kt blkg nun yg bwt keje. he...~

KETIKA BERBUKA

Muka-muka kelaparan. "ayam2!" kata mereka.
Awat sedih je muka cikgu, cikgu teringatkan seseorang ya?

SELEPAS BERBUKA

Cikgu, anak didikmu dah boleh jd imam pun...~

Dah mcm picture raya ana tgok. Meriah! Sedih, time ni ana dh balik...~

Apa-apa pun jazakumullah khairan jazak pada semuanya terutama kepada Cg. Faridah & keluarga. Sayang Cikgu sgt2 krn Allah. Semoga kasih sayang ini kekal ke JannahNYA. Semoga Cikgu & keluarga juga  sentiasa diberkati & diredhai serta dimurahkan rezeki biiznillah...~

Buat sahabat-sahabat, bak kata Cg. Faridah a.k.a cikgu kesayangan kita : "Bersyukurlah dengan nikmat kejayaan yang DIA beri."  Walaupun siapa kita & apa yg kita bakal jadi suatu hari nanti, ingatlah kita dari kampung yang sama, sekolah yang sama & guru yang sama. Moga kalian bisa menjadi Qudwah kpd masyarakat & berbakti utk Agama serta Ummah. InsyaAllah...~

Allahu Ta'ala A'alam...~

*P/s : Sumber gambar dari FB Cikgu Faridah Borham.

Tuesday, August 9, 2011

oh pinjaman

Bi bismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Salam Ramadhan ikhwah wa akhowat fillah!

Untuk sesiapa yg bakal menjejakkan kaki ke universiti bagi sesi 2011/2012 pastinya sibuk uruskan itu dan ini. Urusan ptptn, medical-checkup, pengesahan sijil2, borang zakat, borang hadiah anak masuk ipt dan macam2 lagi borang. Itu belum lagi barang-barang keperluan peribadi yang lain. Allah... Jikalau tidak ada jiddiyah yg tinggi pastinya kerja-kerja itu kerap kali tertangguh. Begitu jugalah ana ni pun, sikap malas sentiasa menjengah.  Namun, semua itu cuba diuruskan semudah mungkin. Alhamdulillah... kesemuanya hampir siap cuma kini ana agak rungsing memikirkan yuran kemasukan RM 1725 yang perlu dijelaskan sebelum pendaftaran. Ramai yg kata, ambillah ptptn. Dia ada bagi duit pendahuluan utk bayar yuran. Ya, tidak dapat dinafikan, ptptn merupakan satu keperluan untuk saat-saat terdesak tika ini. Untuk memohon biasiswa memang ana tidak layak. Tapi, ketahuilah duhai sahabat-sahabat, untuk membuat pinjaman pelajaran bukan ada ptptn sahaja, masih ada kerajaan negeri atau yayasan negeri yang menawarkan pinjaman tanpa interest sebagai cth utk anak-anak selangor boleh memohon Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor. Ambil peluang itu dan manfa'atkanlah sebaiknya. Mungkin dalam kalangan sahabat-sahabat ramai yang ambil ptptn. Terpulanglah krn ianya hak masing-masing. Cumanya perlu diingat dalam memilih kita perlu ada ilmu, kita perlu selidik dan kaji terlebih dahulu agar tidak menyesal di kemudian hari dan dalam masa yang sama, jagalah sensitiviti kalian sebagai seorang muslim yang berilmu. InsyaAllah, ana yakin rezeki Allah ada di mana-mana  bila kita memilih yang haq dan mengikut syariat. Harapan ana, moga kalian dipermudahkan segala urusan 'ala kulli hal. Di sini ana ingin kongsi satu doa yang mungkin kita dapat amalkan bersama, insyaAllah...~

DOA UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN

اللهم لا سهلا إلا م جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

Maksudnya : "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

~Sahih Ibn Hibban no. 2427 (Mawardi), Ibn al-Sunni no. 351~

Masing-masing ada hujah tersendiri begitu juga bagi mereka yang arif tentangnya. Namun ana tidaklah kata ambil ptptn itu salah. Macam yang ana kata tadi, terpulanglah... Kalian yang berhak menilai dan membuat keputusan. Usaha pihak ptptn itu seharusnya dipuji krn mereka telah berusaha mengurangkan kadar  interest 3% ke ujrah 1% walaupun masih kekal dengan sistem yang lama. Langkah itu sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban peminjam untuk membayar semula walaupun masih terdapat unsur-unsur riba di dalamnya. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel dari Dr. Zaharuddin PTPTN baru berasaskan Ujrah 1%

Allahu A'alam...

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan ya al-kareem

Bi bismillah wa astargfirullah 'ala kulli zanbin

Ramadhan kareem!!

ALLAHU AKRAM!!!

Alhamdulilllah... stlh 11 bulan kita lalui kini tibanya 1 bulan yg penuh barakah. Bulan yg org mukmin tunggu2. Tabarakallah! Nikmat ganjaran hanya Dia yg mengetahui. Bergembiralah! Bersyukurlah 'ala ni'matuhu! Kita masih lagi diberi peluang utk hidup dan yg paling penting DIA masih bagi peluang utk kita beribadah kepadaNYA di bulan tarbiyyah ini. Sungguh... Rasailah kebahagiaan di bulan Ramadahan yg penuh mulia ini andai kita betul-betul mengambil peluang yg diberikanNYA. Marilah sma2 kita usaha ke arah itu.

Ingatlah duhai ikhwah wa akhowat fil Islam,

Usahlah kalian berkira utk kita melakukan ibadah padaNYA. Berkira dalam mengaji, berkira dlm bersedekah, berkira dlm melakukan kebaikan spt menolong mereka yg memerlukan. Usahlah kita rasa kita sudah cukup dgn amalan kita yg hanya sedikit ini. Usahlah kita merasa puas dlm beribadah kpdNYA krn DIA sntiasa beri nikmat pada kita. Ingat tu!

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat

Oleh itu, di bulan mulia dan penuh rahmat ini dapatlah kita nilai siapakah diri kita yg sebenarnya krn yg tinggal hanya nafsu kita kan? Astarghfirullah... sama2lah kita muhasabah & ayuh! Sama2lah kita tingkatkan segalanya. Moga ALLAH redha InsyaAllah...~

Salam Mujahadah di Bulan Tarbiyyah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...