Saturday, May 21, 2011

Mabruk jami'an!

Assalamualaikum...

Mabruk ya buat adik2 yg kini telah mendapat tempat utk sambung belajar. Alhamdulillah... Di mana-mana pun kita, ingatlah!

Halatuju kita tetap sama...

Tugas kita tetap sama...

Fikrah kita juga sama...

Suka untuk ana berkongsi dengan kalian,

"Ilmu Allah itu luas... ada di mana-mana
Oleh itu, kita sbg hambaNYA perlu cari dan terus mencari
Tidak kira walau di mana dan apa sahaja
Pandanglah semua yg kalian lalui itu dengan kaca mata IMAN
& carilah HIKMAH yg tersembunyi di sebaliknya
InsyaAllah... moga redhaNYA tetap bersama."

Allah Ta'ala A'alam...~

Saturday, May 14, 2011

Ikatan itU

Tidak ada kenikmatan seorang hamba yang lebih baik setelah kenikmatan Islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh, yang bila lupa dia akan mengingatkan & bila ingat dia akan membantunya. Justeru, alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Ta’ala..”

Jadual perjalanan harian Liyana masih seperti biasa. Tidak banyak berubah sejak kebelakangan ini. Cuma dia terasa begitu letih setelah seharian bekerja, mungkin disebabkan cuaca yang panas. Tambahan pula tugasnya sebagai seorang peguam menuntut komitmen kerja yang sangat tinggi.

Sunday, May 8, 2011

Kerana Hari Ibu...


بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak hari Sabtu, adik-adik perempuan ana sibuk nak mencari hadiah utk umi. Nak beli kek lah, beli kain baju, bunga & macam-macam lagi. Kebetulan pula tanggal 8 Mei itu merupakan hari lahir umi. Pening kepala abah nak melayan ragam mereka, sudahnya tugas mencari hadiah itu diserahkan pada ana. Tapi lain pula kisahnya dengan adik kembar ana, dari pagi hingga ke petang mereka menghilang, rupa-rupanya pergi mencari hadiah utk umi. Tidak diberitahu pada abah kononnya ingin membuat surprise. Mereka sanggup berjalan kaki dari rumah ke Medan Sg Besar, gara-gara utk meraikan umi. Manakala adik lelaki ana yang sorang lagi, dalam diam telah menyiapkan satu lukisan khas utk umi. Ermmm... ana pulak yang rasa terharu dengan fe'el mereka, umi apatah lagi.

Friday, May 6, 2011

ISLAMkah kita ??

بسم الله الرححمن الرحيم


Islamkah kita andai solat itu dirasakan beban?


Islamkah kita andai syariat Allah dijadikan cemuhan?


Islamkah kita andai kalimah LAILAHAILLALLAH bukan lagi menjadi cogan?


Islamkah kita andai bukan kitab Allah menjadi pegangan?


Islamkah kita andai Tuhan pun tidak ditakutkan?



Firman Allah : “Sesungguhnya Agama yang terbaik di sisi Allah adalah Islam.”


&

Daulah Islam takkan terbentuk jika tiada mata rantai yang ingin menegakkannya!


Oleh itu...

Tiada kata selembut bahasa,

Tiada amal setangkas minda,

Tiada Islam tanpa anda.

Jadi,

 renung-renungkanlah...


Allahu Ta'ala A'alam~


Buat para Mujahid yang kini sedang mempersiapkan diri meneguhkan saffnya,

Ayuh dan bangkitlah!!

Thursday, May 5, 2011

Kampung...~


بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak dapat ana ungkapkan dengan kata-kata tatkala kaki ini menjejaki kampung halaman tercinta (kampung sebelah mama), Kg. Parit Hj. Manan, Kuala Kurau. Perak. Kedamaian & keindahan kampung masih seperti dulu cuma terasa sunyi... kosong... Mungkin kerana tok & tok wan sudah tiada. Namun kepulangan ana kali ini tetap ceria seperti selalunya. Gelagat sepupu-sepupu, pak & mak menakan masih seperti dulu. Mesra...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...