Buat adik-adik lepasan spm pastinya kini kalian dalam dilema. Maklumlah banyak sangat tawaran demi tawaran yang diterima membuatkan kalian semakin serabut. Kalau boleh, semua borang nak isi & mungkin pada pendapat adik-adik nanti senang untuk membuat pilihan. Terpulanglah pada kalian, & ingatlah yang akan membuat keputusan itu adalah kita sendiri, Jangan sampai kita tersilap langkah!
Duhai diri... Insafilah Tiba-tiba sahaja hati rasa gelisah Ku tak tahu apa yang diresahkan Setelah dikaji, dihayati rupanya ujian jiwa benarlah janji Tuhan (Allah) Setiap mukmin pasti diuji
Duhai diri... Sedarlah Bagi hati yang tawakkal kepadaNya Walaupun resah gelisah mendatang Bagai angin puting beliung kencang Tapi raja dalam diri dapat menguasai diri Dengan iman dan zikrullah
Duhai diri... Bersabarlah Engkau kelak akan bahagia dalam kedukaan Engkau kelak akan terhibur dalam kesepian Engkau kelak akan sihat dalam kesakitan Tapi, buruilah cinta suci Ilahi Rabbi, Allah Semesta Alam
Duhai diri... Bertenanglah Ingatlah kau akan kecewa Kiranya cinta insan yang diburui Insan akan tinggalkan engkau kemudian hari Tapi cinta Allah yang setia padaMu yang tetap setia hingga ke Akhirat
Duhai diri... Yakinlah Kenanglah diri selalu Siapa dirimu kini Seorang hamba yang tak punya apa-apa Dhaif lagi hina Kejadian dari setiap air mani jijik Tapi tarafmu mulia dengan taqwa Bumilah ia Kelak hidupmu bahagia selama-lamanya
Alhamdulillah... bulan ni ana diberi peluang utk mengikuti Program SPIES iaitu 'Kursus Kepimpinan Belia' anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Memang Best! Kali pertama di Pusat Mini Convention Sabak Bernam & minggu berikutnya di Kalumpang, Hulu Selangor.
Apa yang ana dapat daripada kedua-dua kursus itu ialah pentingnya jati diri kita sebagai seorang Muslim. Bagaimana untuk kita menjaga identiti kita apabila kita berdepan dengan masyarakat luar & menjadi Qudwah kepada mereka. Bagaimana untuk kita menjadi seorang muslimah sejati apabila bergaul dengan mereka yang tidak benar-benar menjaga syariatNYA. Allah... sungguh mencabar!
Masih ana ingat lagi ketika akitiviti 'cross sungai' di Kalumpang. Tika kami terpaksa menongkah arus sungai yang deras. Para peserta lelakinya masing-masing menyuakan tangan tanpa lapik atau apa-apa alat lain sebagai penghubung untuk membantu para peserta wanita menongkah arus. Mungkin niat mereka sekadar untuk membantu tetapi pada ana bagi mereka yang betul-betul sensitif dengan syariat Islam pastinya ada cara lain. Apa yang penting di sini NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!
Apabila tiba giliran ana,
"Kalau awak tak nak pegang tangan saya, awak pegang batu ni ya!"
Kata salah seorang peserta lelaki pada saya. Mungkin bila dia melihat ana bertudung labuh dan begitu bersemangat membantu peserta wanita yang lain, dia faham dengan prinsip ana. Tapi mengapa dia tidak berkata begitu kepada para peserta wanita yang lain? Itulah yang amat ana sesalkan.
Perkara yang sama berlaku ketika 'Night Walk'... tika mana tidak ada jalan lain untuk ana mendaki bukit melainkan kami terpaksa berpaut pada tangan lelaki yang berada di atas, lelaki itu berkata pada ana,
"Kejap ya, saya ambik kayu... Awak paut kat sini."
Peristiwa itu membuatkan ana berfikir.Sungguh indah menjadi Muslimah kerana sentiasa dipelihara Allah & ana sangat-sangat bersyukur padaNYA!
Banyak pengalaman baru yang ana dapat sepanjang bersama belia-belia di Kalumpang kerana para pesertanya terdiri daripada berbilang kaum. Boleh kata objektif '1 Malaysia' tercapai kerana masing-masing memberikan komitmen yang baik. Kenangan yang paling ana tidak dapat lupakan apabila kami dipaksa untuk berbaring pada riba sahabat di belakang masing-masing & kebetulan ketika itu keduanya di depan dan di belakang ana non-muslim. Namun, kemesraan begitu cepat terjalin & masing-masing tidak berasa kekok walaupun berlainan agama & bangsa.
Masih ingatkah ukhti akan gelaran itu… Gelaran yang sama-sama kita impikannya satu ketika dulu, saat tika mana kita perbaharui ukhwah kita? Puncanya, buku ‘Tautan Hati’ karya Saudari Fatimah Syarha Mohd Nordin. Amat memikat jiwa seterusnya cukup terkesan dalam kehidupan kita bukan?
Tanggal 21 April bakal menjadi sejarah lagi buat dri ana utk kali yg kedua iaitu panggilan interview Darul Qur'an utk Diploma Tahfiz wal Qiraat. Jika 2 tahun lepas ana tidak berjaya, tahun ini? Allahu Ta'ala A'alam...
*Lagu ni ana dapat dari kakak naqibah ana pada liqa' minggu lepas semasa sesi taujih beliau. Amat menyentap jiwa jika dihayati kerana terlalu sukar untuk kita ber'ukhwah' dlm erti kta sebenar-benar ukhwah spt dlm bait-bait lagi ini. Ana cuba cari videonya yg penuh tp x jmpe & lagu ni klu x silap ana dirakam pd tahun 1991....~
Ku serahkan sepenuhhati & jiwa ini hanya kepadaMu, Duhai Pemilik Cintaku...
Ana baru lepas membaca blog seorang sahabat kesayangan, KLIK DI SINI Pilu rasanya hati ini bilamana melihat beliau telah berjaya menghadiahkan sebuah kejayaan pada ayah dan ibunya. Menitis juga air mata kerana tidak dapat bersama utk naik pentas menerima anugerah pelajar cemerlang stpm. Entah bilakah akan tiba saat itu? Saat tika dapat melihat air mata abah & umi atas nikmat sebuah kejayaan. Saat tika menerima pelukan mesra & kucupan hangat di pipi dari dua insan yang tercinta.
Sedih? Pastinya ada, cemburu & kecewa. Dek kerana itu ana menyibukkan diri mengikuti 'Program SPIES' pada tarikh keramat itu (9 April 2011). Tidak mahu sedih terus mencengkam diri & alhamdulillah emosi ana kembali stabil.
Sebenarnya bukanlah perkara itu yang ana ingin kongsikan. Ana ingin berkongsi pengalaman mengenai 'Program SPIES' namun jari-jemari ini begitu lincah menaip & terus-menerus tanpa henti. Ana gagahkan juga...
Ana sangat sedih & cemburu dengan kejayaan sahabat2 yang sma2 berjuang menuntut ilmu, sahabat2 yg berlumba-lumba bertanyakan guru jika ada yg tidak faham, sahabat2 yang sma2 dalam gerak kerja dakwah, sahabat2 yg sma2 berada di tampuk kepimpinan sekolah & asrama, sahabat2 yg sma2 berdebat bagi memastikan jawapan siapa adalah yang betul & tepat, sahabat2 yg sma2 tersenarai sbg pelajar cemerlang bagi stp kali Ujian Prestasi & Peperiksaan. Namun, pada tarikh itu ana tidak bersama kalian. Sungguh... ana teramat sedih. Sedih & cemburu melihat gambar kalian naik pentas menerima anugerah, dapat bergambar dgn para guru & dpt menggembirakan mereka dgn kejayaan kalian. Namun, suka ana untuk katakan di sini. Walaupun sedih & cemburu ana rasa sgt bahagia melihat sahabat2 seperjuangan bahagia.
Justeru, ketahuilah kalian... Mungkin jalan yg kita pilih slps ini tidak sama & masing2 punya haluan yg berbeza. Namun, ana harap kita masih lagi ber'sama-sama' & akan sentiasa ber'sama' dlm menyambung rantai perjuangan Rasulullah yg akn sentiasa menjadikan al-Quran & sunnah sbg manhaj hidup juga meletakkan Allah yg paling aula dlm kehidupan. Marilah sma2 kita menuju redhaNYA...~
Alllahu Ta'ala A'alam...
" Madah indah buat sahabat-sahabat seperjuangan..."
* Tajuk kali ini lain benar dgn entrinya. Sebnrnya ktk di 'Program SPIES', ana mendapat nama panggilan baru daripada Ust. Fauzan iaitu (مرضية ) bermaksud 'yang diredhai'. Ana cukup suka & sgt berterima kasih kpd ustaz krn memanggil dgn satu nama yg amat bermakna pd ana. Kini, ana cuba utk belajar menjadi seorang yg redha krn matlamat 'orang beriman' yg plg aula dlm hidup ini adalah'mardhatillah'...~
Betapa ana tersentuh dengan bait-bait pada video Ghurabba'. Tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah ana mampu tergolong dalam kalangan mereka. Hati ana cukup sayu bila mengenangkan masyarakat kita pada hari ini... Takut untuk melawan taghut, takut untuk menegakkan kebenaran, takut untuk beramal dengan sunnah Rasulullah SAW kerana kelihatan asing pada masyarakat.(Begitu juga ana, astaghfirullah...) Sampaikan pada hari ini, mereka yang menegakkan sunnah itu dikatakan sesat sedangkan ilmu agama kitalah yang teramat cetek dan kita kini hanya mampu beramal dengan tingkat Islam yang paling bawah & yang paling mudah & kita teramat selesa dengan keaadaan kita kerana kita yakin kita telah mengikut ajaran islam yang sebenar-benarnya. Adakah benar itu? (sbg muhasabah)
Jikalau kita selusuri sirah para sahabat, Subhanallah... betapa hebatnya mereka mampu untuk menjadi Ghurabaa' dalam erti kata sebenar. Teringat kata-kata seorang ukhti ketika mengikuti Mukhayyam Akhowat bulan lepas,
"Akhowat fillah, kita sebagai Ansarullah perlu menghayati Islam dengan erti kata yang sebenar. Islam itu sangat indah, untuk memperjuangkannya penuh dengan Mehnah dan memerlukan Pengorbanan yang sangat tinggi. Duhai akhowat, marilah sama-sama kita berusaha ke arahnya. Walaupun sakit, walaupun perit... Itulah dia Perjuangan Rasulullah yang sebenar-benarnya."
Langsung ana teringat hadis Rasulullah yang terdapat dalam video Ghurabaa', sabda Rasulullah SAW :
"Islam itu bermula dengan asing dan akan kembali asing seperti mulanya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing..." (sahih muslim)
Ayuh ikhwah & akhowat fillah...
Sama-samalah kita bangkit sebagai Ghurabaa'
Walaupun pedih dicaci & dihina
Yakinlah kita di pihak yang benar
Usahlah kita ditipu dengan indahnya dunia
Usahlah kita menjadi boneka mereka
yang tidak jemu-jemu menjatuhkan kita
Allahu Akbar!!
*Video ini ana dapat daripada ukhti Azziyati (akk paksi) ketika slot beliau 'Allah vs taghut' di Mukhayyam Akhowat. Sungguh ana begitu kagum dengannya. Bibirnya yang sentiasa mengukir senyum sarat dengan bait-bait seorang mujahidah. Langkahnya kemas teratur sebagai seorang da'ieah. Hatinya begitu sensitif taatkala berbicara tentang maslahah Ummah. Sungguh, ana terasa sangat beruntung dapat bertemu dengan orang yang 'punya jiwa' sepertinya. Jazakillah khoir ya ukht...~
Masing2 ada cita-cita & matlamat hidup, begitu juga ana. Bukanlah nikmat au kejayaan duniawi yg dikejar cuma ia juga stu jalan menuntut ilmu. Namun tidaklah ana begitu mengharap au yakin pilihan ana adlh yg terbaik. Hanya mampu berdo'a & bertawakkal krn itu semua urusanNYA. Ana yakin pastinya pilihanNYA adlh yg terbaik. Suka dengan kata2 seorang sahabat lewat ptg smlm melalui panggilan telefon yg mana berkongsi pendapat tentang masalah masyarakat hari ini yg semuanya Belajar utk Bekerja. Belajar tinggi2 utk mendapat kerja yg bagus2, namun katanya :
" Ana Bekerja utk Belajar bkn Belajar utk Bekerja..."
Betul. itulah sepatutnya kita sbg seorang Muslim, sentiasa bekerja. Bekerja mencari duit, bekerja mencari ilmu, bekerja utk dakwah & bekerja utk berbakti pd masyarakat. Ana juga kini cuba bekerja, mewakafkan diri ini pd agama dengan mencari duit & pengalaman jg dlm masa yg sama berusaha mengutip ilmu2NYA yg ana kira belajar scr tidak formal lebih bermanfa'at bkn shj utk diri malah utk agama & masyarakat.
Sebagai seorang Muslim juga kita perlu ada matlamat. Perlu ada cita-cita & keyakinan utk Berjaya. Pada ana, berjaya itu sukar utk kita sbg manusia menilai & ianya merupakan stu perkara yg subjektif. Cuma, "Orang yg paling berjaya ialah mereka yg Berjaya di Dunia & Akhirat..."
Mama yang aku sayang, Ketika ini aku betul-betul merinduimu, Merindui bicaramu yang lembut menasihatiku, Merindui belaian & dakapan hangatmu, Merindui alunan zikir yang menemani tidurku, Merindui irama nasyid yang menjadi hiburanku, Merindui kalam agung yang sentiasa diperdengarkan di rumah kita dulu.
Mama, Ketahuilah... Anakmu telah menginjak dewasa, Sudah menjadi anak gadis. Tika dirimu seusia ku kini, Aku pasti mama seorang Muslimah solehah. Kerana itu mama pergi dulu, Tuhan lebih menyayangimu bukan?
Pastinya aku sangat sedih mama, Tika orang lain berdakap erat dengan ibu mereka, Tersenyum mesra & riang ketawa, Saling berkongsi cerita suka duka, Menerima kucupan hangat di pipi & dahi mereka, Sungguh bahagia...
Aku? Aku hanya ada secebis kenangan denganmu yang itupun ingat-ingat lupa.
Mama...
Dapatku lihat dari barang-barang peninggalanmu
yang menjadi simpananku kini.
Buku catatanmu,
Fail masakanmu,
Bahan jahitanmu,
Replika sulamanmu,
Jubah-jubah & tudung labuhmu,
Jalan mana yang mama pilih...
Dan,
Itu semua menjadi pilihanku kini.
Aku bersyukur walaupun mama tiada di sisiku,
Namun darahmu tetap mengalir
di seluruh jasadku...
والسلام
* Ianya sekadar luahan hati ana, walaupun mama tidak akan membaca warkah ini tapi sekurang-kurangnya rindu ana padanya sedikit terubat. Buat sahabat2 yang masih mempunyai ibu, sayangilah mereka dengan sepenuh hati kalian kerana kehilangan mereka satu hari nanti pastinya kalian cukup terasa...~
Seorang gadis muslimah yang masih tercari-cari makna sebenar sebuah kehidupan. Sedang berusaha untuk menjadi seorang muslimah, mukminah & muhsinah sejati...InsyaAllah~