Wednesday, March 30, 2011

Musafir se'pagi'...~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Selawat & Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w...

Seusai menghantar adik2 seramai 5 orang ke SK Sg. Limau, ana & abah meneruskan permusafiran kami. Destinasi pertama, SAMBEST a.k.a. Madrasah Tarbiyyah ana selama 5 tahun yang telah ana tidak jejak hampir 2 tahun.

Friday, March 25, 2011

~Tawaran ditolak...~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Kuserahkan sepenuh jiwa & raga ini hanya untukMU duhai Pemilik Cintaku...

Sejak kebelakangan ini banyak sungguh tawaran yang ana terima. Alhamdulillah... Bukanlah tawaran belajar tapi tawaran bekerja. Menjadi guru sandaran KAFA di Tg. Karang, guru tadika & pengasuh taska di Selayang dan pekerja di PUSRAWI dan semua itu adalah pekejaan yana ana suka. Tapi bila ana utarakan pada abah, katanya :

"Nak pegi ke kak, nanti sape nak ajar budak2 tusyen? Nanti kan kita nak buat program kat sekolah2, sape yang nak tolong abah..."

Ana tahu itu hanyalah alasan abah. Padahal adik ana yang baru balik plkn boleh je ganti ana buat tu semua dan bukanlah abah tak boleh uruskan sendiri. Tapi Pada ana, abah cuma nak biasakan ana dengan urusan syarikat kami. (takdela besar mana pun tapi cukup membanggakan ana krn byk memberi manfaa'at kpd masyarakat).

Keinginan di hati memang nak duduk jauh dari abah kononnya nak berdikari. Membuak-buak rasa di hati ini ingin merasai alam pekerjaan yang sebenar dan tidak terikat dengan bisness keluarga tapi bila memikirkan yang ana masih lagi di bawah tanggungjawab abah, tidak patut ana ikut kata hati dan membelakangkan pendapat abah dalam membuat keputusan. Walaupun gaji tidak sebanyak rakan-rakan yang lain tapi cukuplah sekadar keperluan diri dan untuk tabungan sedikit. Alhamdulillah...

Impaknya, bila duduk dekat dengan abah ana rasa lebih terjaga. Mungkin di alam pekerjaan dunia luar, diri ini masih belum cukup bersedia kerana masih mentah dengan pengalaman. Bekerja dengan majikan susah kalau kita tidak memberikan komitmen yang baik. Bila duduk di depan abah memanjang semua kegiatan ana dipantau. Usrah, rakan-rakan, blog dan facebook pun tak lari dari pantauan abah. (Rase macam anak manja pulak...)

Walaupun ana tak suka dikongkong tapi ana rasa selamat sebagai seorang gadis muslimah & dalam masa yang sama ana cuba belajar untuk menjadi anak solehah. Terima kasih abah...~

Oleh itu bila ada seorang kakak bertanya pada ana :

+ Deejay nak kawin, umur dah 20 kan?
 -  Mestila nak tapi bukan sekarang...
+ Betul? Kalau sekarang agak2 parents ada masalah tak?
 - Ish akak ni... saye U pun tak masuk lagi. Ape kata akak aje yang terima ikhwah tu, mesti dia  taqdim akak dulu kan?
+ Akak serius ni, bolehla Deejay... Ciri2 yang ikhwah tu nak sume ada pada ukhtie...

Allah...

Namun hati ana cukup tsabat. Masih belum tiba masanya untuk ana memikirkan soal itu. Apa yang aula kini adalah tanggungjawab ana sebagai seorang anak kepada abah & umi dan tanggungjawab ana seorang kakak kepada adik2 juga tanggungjawab ana sebagai seorang hamba kepada Tuhannya. Ana belum cukup berbakti lagi pada mereka & tidak akan pernah cukup begitu juga tanggungjawab ana ilahi rabbi...

Allahu Ta'ala A'alam...

Tuesday, March 22, 2011

~Tenanglah Adik2ku...~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Juga Tuhan Semesta Alam...

Seawal jam 10.00 pagi, handset ana mula berbunyi. Panggilan dari mak2 menakan (ibu2 saudara) sebelah mama bertanyakan result adik. Macam ana pulak yang nak amik result hari ni... Masa time ana  amik result STPM bulan lepas tekdelah macam ni busynye, mungkin sume terlupa. Almaklumlah STPM tidaklah se'gah' SPM...hehe 

Ana cuma nak ingatkan, apa2 pun NATIJAH adik2 ingatlah ianya bukan 'Jalan Terakhir' utk kalian mencipta Kejayaan krn SPM merupakan 'Langkah Pertama' utk kalian. Yakinlah 'aturan Allah' cukup indah buat hamba2 yang taat kepadaNYA...

*Post ini khususnya utk adik kesayangan ana, Balqis & umumnya buat ikhwah akhowat SPM 2010 ex-SAMBEST & ex-SLISS... Renungkanlah...>>


Bila Allah berkata 'YA' pada sesuatu yang kita kehendaki,
Bersyukurlah bahawa Allah sudah beri apa yang kita kehendaki...

Jika Allah kata 'TIDAK' ia bererti,
DIA akan memberi sesuatu yang lebih baik utk hambaNYA...

Jika Allah kata 'NANTI',
Sabarlah bahawa hajat kita pasti akan dimakbulkan samada di Dunia @ di Akhirat...~

Jika adik2 tak tenang juga banyakkanlah membaca Ayat 100 Dinarbiznillah adik2 akan berlapang dada & yakinlah dgn JANJI ALLAH buat hambaNYA yg Beriman, pastinya adik2 akan merasai keindahan BERTAWAKKAL kpdNYA... InsyaAllah~

Allahu Ta'ala A'alam...

Saturday, March 19, 2011

Aku Wanita Muslimah...~

"Masih dalam pengislahan diri..."
Sombongkah diri ini?

Andai senyuman lelaki tidak dibalas,
Sapaan mereka tidak dilayan,
Bertanya khabar tidak dijawab,
Usikan nakal tiada respond.

Mungkin mereka berkata :
"Tak best la awek tu cam ustazah,
Bajet mahal, bajet alim..."

Mawar Berduri Idaman Generasi

" Panggilan buat Mawar2 Berduri Idaman Generasi ! "

Salahkah berCINTA??

Aku pernah mengidamkan kebahagiaan CINTA spt insan lain,
Aku jua pernah mengimpikan sayang dr insan lain,
Aku jua pernah mengimpikan sayang dr orang yg betul2 istimewa,
Aku tak nafikan pernah meminati seseorang tanpa siapa pun tahu.

Tapi apakah daya...
Aku terpaksa pendamkan CINTA manusia itu krn JANJI ALLAH.

Aku amat yakin JANJI ALLAH tak pernah tipu...

" Lelaki yg baik utk Perempuan yg baik..."

Aku mohon aku salah satu darinya,
Walaupun sedih & perit tidak pernah dimiliki,
Sekurang-kurangnya MATI SYAHID jadi pilihanku...

Wahai MUJAHIDAH yg Solehah,
Yakin & carilah CINTA ALLAH sepenuhnya...~

Allahu Ta'ala A'alam...


"Kejarlah Cinta Allah krn pastinya kita akan dpt cinta orang yg mencintaiNYA...~"

Wednesday, March 16, 2011

Kem Sahabat Masjid (Muslimah)

Allah... Allah... Allah...

Tak dapat ana ungkapkan rasa hati ini bilamana Allah terus menerus bagi NIKMAT untuk ana merasai kehidupan berJEMAAH. Tatkala mendapat berita dari Ukhti Husna, hati ana berkobar-kobar utk pergi. Bukan kerana semangat nak pi Hot Spring Sg. Klah atau seronoknya program, tapi  semangatnya ana adalah untuk mengenali para remaja muslimah Sg. Besar yang selama ini  tidak pernah ana cuba untuk mendekati mereka.

Selama 2 hari 2 malam berkampung di Masjid Makmuriah Sg Besar, ana bersyukur kerana dapat merasai kebahagiaan berada di Rumah Allah itu. Bahagia kerana dapat turut sama merasai pengajian & majlis ilmu saban hari. Paginya didengari dengan alunan zikir & kalamullah seawal jam 5.00 pagi, juga membuatkan hati ini cukup bahagia. Namun ana sebak melihat orang-orang tua yg selayaknya ana panggil opah & atuk tidur bermalam di masjid untuk mengikut Qiamullail Kubra. Hanya berlantaikan karpet masjid, tanpa bantal memang cukup tidak selesa namun kesungguhan mereka membuatkan ana kagum. Sungguh... mungkin benar kata Cikgu Rudzanah,

"Mereka sudah tua dan mereka rasa begitu dekat dengan kematian..."

Tapi bagi ana orang muda juga perlu ada rasa begitu & sepatutnya lebih lagi krn kita masih punya kudrat. Ya... Ajal maut di tangan Allah, kita tidak mampu menjangka apa yg bakal berlaku kan?

Kalam yang paling terngiang-ngiang di telinga hingga saat ini baik dari Cg. Nizam, Cg. Rudzanah mahupun Umi Rahmah :

" Antara golongan yang dijamin masuk Syurga ialah Orang Muda yang hatinya tertaut pada masjid...

" Cintailah Masjid, insyaAllah Allah akan mencintai kita..."

Sebagai anak gadis memang sukar & tidak digalakkan untuk ke masjid kerana takut timbul akan FITNAH seorang muslimah. Tapi tidak mengapa duhai akhowat fillah jadilah kita dalam kalangan mereka yang bila mana melihat masjid, hati rasa bahagia hatta melihat kubahnya pun rasa bahagia. Jadilah kita yang sangat menginginkan utk sentiasa solat berjemaah, membaca al-Quran & berzikir di dalamnya. Jadilah kita dalam kalangan yang mencintai mereka yang mencintai masjid juga yang mengimarahkannya.

Banyak pengalaman yang sememangnya tidak dapat ana lupakan terutamnya  dalam  Eksplorasi Muslimah. Antaranya ketenangan ketika berendam selamat dalam kolam air panas, keterujaan menggelungsur di kolam air terjun, kepekaan dalam mencari nama2 saintifik tumbuh2an & keterpaksaan makan telur separuh masak yg hanya direndam dalam kolam air panas lebih kurang hanya 3 minit. Semua itu mengajar kami untuk lebih dekat dengan alam, memuji & mengagungkan keindahan ciptaanNYA. Subhanallah...

Allahu Ta'ala A'alam...

Thursday, March 10, 2011

Luah rasa lps rsult SPM

Kuserah segala isi hati ini hanya padaMu duhai Pemilik Cintaku...

Debaran calon2 SPM 2010 semakin terasa... 23hb kan? insyaAllah pastinya natijahnya yg terbaik untuk kalian. Di sini ana ingin kongsi kisah hidup ana  lepas SPM yg mungkin dapat kalian jdikan Quwwah bersama... InsyaAllah~

Ramai yang suka bertanya pada ana... sekolah mana lagi best? SAMBEST ke SLISS? Ana hanya mampu menyimpul senyum. Tidak tahu jawapan yang terbaik yang patut keluar dari mulut ini. Jika sahabat2 Sambest sibuk bercerita tentang alam kampus & University mereka samada dalam atau luar negara, ana hanya mampu bercerita tentang sekolah. Itu sahaja pengalaman yang ana ada. (Labaks... ana akan ceritakan tentangnya kemudian ya, Biiznillah...) Dulu ana rasa segan & malu untuk berhadapan dengan sahabat2 namun bila difikirkan balik berapa lama lagi ana harus menyepikan diri kan...

Hanya kerana result SPM ana tidak secemerlang antum, hanya kerana ana tidak mendapat tawaran ke mana-mana IPTA, hanya kerana impian ana untuk ke Darul Quran tidak tercapai... Ana tahan diri ini untuk bertemu dengan sahabat2 yang ana cintai hingga saat ini. Sungguh...~ Bukan ana tidak merindui antum semua, rindu sangat tapi tiada kekuatan untuk ana berhadapan dengan sahabat2 yg pada ana telah banyak berubah.

Berubah ke arah kebaikan dan yang ana tidak kuat adalah mereka yang berubah ke arah sebaliknya.

Selama setahun setengah ana berada di Sliss, ana rasa tidak ada stu cerita pun yang ana tertinggal tentang antum. InsyaAllah... Ana ikut setiap perkembangan antum. Saban hari blog 7th genesis juga blog para sahabat ditatap dan tidak semena-mena pastinya air mata ini mengalir tanpa dipinta. Ya... Ana cemburu melihat kejayaan sahabat2. Setiap kali menerima panggilan & msg para sahabat yg akn sambung belajar ke luar negara pasti ana akan menangis dan terus menangis. Mungkin tidak ada seorang pun antara kalian yang perasan kan kerana tidak pernah ana ungkapkan rasa sedih itu pada sesiapa & tiap kali ana mendapat kta2 semangat dari kalian, ana juga pastinya akan menangis. Kalian teramat 'istimewa' di hati ana.

Cuma satu sahaja yg ana pinta dari kalian yg hebat2! Ana harap satu hari tikamana kita bertemu semula, kalian seperti yang ana kenal dulu. "Teman-teman yang bibir mereka sentiasa dibasahi dengan zikrullah, madah-madah indah sentiasa terukir di bibir yang merah merekah menyirami muhasabah juga munyuburkan quwwah. Hati-hati yang sentiasa takutkan Allah menjalinkan ukhwah dalam satu matlamat dan aqidah. Suasananya penuh dengan biah solehah dan masing-masing berlumba-lumba ingin menjadi qudwah hasanah harapan ummah"

Maaf ana katakan, bilamana melihat gmbar2 akhowatnya di FB, ana sedih. Adakah itu product keluaran Sambest? Sebuah sekolah yg begitu gah & yg mampu melahirkan generasi yg hebat2! Namun hebat kita hanya di mata manusia tidak ke mana duhai sahabat2 andai syariat Allah kita ketepikan...~

Allahu Ta'ala A'alam...  

p/s : Post ini bukanlah niat ana untuk mengguris atau meminta simpati dari kalian, cuma sekadar perkongsian kepada adik2 Sliss ana yg bakal mengambil keputusan 23hb ni... Ingatlah, apa pun natijah yang antum dpt pasti ada HIKMAH yg tersembunyi di sebaliknya... InsyaAllah~

Wednesday, March 9, 2011

Mukhayyam Akhowat

Alhamdulillah... 5-7 Mac yg lalu ana berpeluang mengikuti Mukhayyam Akhowat anjuran Paksi Training di IMPIAN resort, Hulu Langat. Terasa diri ini sungguh gembira tak terkata kerana memang ana minat benda2 yg adventure macm ni. Bukan sahaja dpt pengalaman baru, pengisian baru, juga sahabat2 baru iaitu akhowat yg sma2 ingin mengislahkan diri. Pada mulanya ana agak segan kerana ana adalah antara peserta yg muda, tidak reti untuk beramah mesra dengan akhowat yg lebih tua namun mungkin kerana matlamat kami sma tidak susah untuk ana menyesuaikan diri. Alhamdulillah... Namun apa yang paling ana teruja adlah khabar2 kakak naqibah liqa' kmi di Sambest dulu amat2 menakjubkan. Kak Ayu sudah punya 2 anak, Kak Shima sudah berkahwin dan punya 1 anak, Kak Yong rupanya ada kembar yg amat seiras hingga ana termalu sendiri dek kerana tersalah orang, Kak Dik namanya. Sungguh... banyak perubahan yg berlaku selama 2 tahun tidak mendengar berita. Kak Alia, Kak Maryam Jameelah, Kak Sakinah masing2 sudah pun membina baitul muslim. Alhamdulillah... Ana tersangat teruja. Sungguh.~

Indahnya Ukhwah Lillah, Indahnya Nikmat Tarbiyyah. Ukhwah fillah abadan abada...~
Taklifan sepanjang mukhayyam adalah menghabiskn 1 1/2 juzuk & menghafal hadith 31 matan arba'ien. Bersungguh-sungguh para akhowat dengan taklifat tersebut. Ana akui, terasa biah solehahnya, terasa halawahtul ukhwahnya bilamana masing-masing memegang tafsir Al-Qur'an di tangan, makan setalam & minum secawan juga tidak segan untuk berkongsi segalanya.

Malam pertama, jadual hirasah kumpulan kami jam 1.00pg - 2.00pg. Masing-masing tidak mampu melelapkan mata dan akhirnya kami berkumpul dalam 1 khemah berkongsi cerita. Bersama Kak Fiza, Kak Far, Alia & Syifa' sesi ta'aruf bermula hinggalah ke tafahum yakni rukun usrah yg ke2. Dari hati ke hati, masing-masing menyingkap kisah lalu termasuk ana yang akhirnya menjadi ibrah untuk kami berlima. Bergenang air mata masing2 tatkala terkenangkn kekhilafan lalu. Namun kemesraan turut terjalin bila mana masing-masing tidak segan untuk bertepuk tampar, bergurau senda dan saling mengelap air mata yg tumpah bagaikan sudah lama berkenalan. Subhanallah... Sungguh bahagia ana rasakan tika itu. Bahagia dikelilingi akhowat yang saling berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Bahagia kerana masing2 dlm proses mengislahkan diri. Bahagia krn antara kami saling memberi quwwah antara satu sama lain. Bahagia kerana ukhwah yg terjalin tertaut dengan mahabbah lillah. Ya, ana sungguh bahagia dan teramat bahagia.

Jika nak diceritakan tentang slot, sungguh banyak & semuanya bermanfa'at. Cuma ingin dikongsi di sini adalah pengalaman yg paling tidak dapat ana lupakan ialah berpeluang untuk sujud pada 2 tempat yg tidak ana pernah cecahkan dahi ini selama 20 tahun ana hidup di muka bumi Allah. Pertama, tikamana semua para peserta diberi peluang untuk solat dhuha di tengah hutan. Allahu akbar...3x HambaMu ini sungguh hina ya Rabb... Tatkala memcecah dahi ini ke tanah, terasa sungguh hina. Selama ini kita beribadah cukup selesa & mungkin krn itu kita tidak dpt menghayati solat itu sendiri sbgmana para sahabat di zaman Rasulullah. Sebab itu kita tidak merasai ma'iyatullah dalam diri (kebersamaan bersama Allah). Ana langsung teringat bahawa asal usul diri ini drp tanah & kembali kita juga pd tanah menjadikan jiwa ini bergetar hebat. Betapa hina & kerdilnya kita ini. 

Kedua, sujud di dalam sungai yang ana kira amat sukar untuk melakukannya. Masakan tidak arus sungai yg kuat menjadikan ana terapung-apung. Cuba beberapa kali namun gagal. Mengalir sudah air mata ini, hampir sudah putus asa hingga akhirnya ana mengubah kedudukan membelakangkan arus sungai. Alhamdulillah... Apabila dapat mencecahkan dahi ini ke dasar sungai, tika mana dahi ini berjaya merasai butiran pasir yg halus itu, bibir ini bertasbih memuji kebesaran Ilahi. Subhanallah... Ana merasai satu perasaan yg cukup indah. 

"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit maupun yang di bumi, baik dengan kemahuan sendiri maupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayang mereka, pada waktu pagi dan petang hari."
(13:15)

Semua makhluk di bumi ini bersujud & bertasbih memuji kebesaran Ilahi... Masakan kita tidak?

Allahu Ta'ala A'alam...~

Tuesday, March 8, 2011

Kesibukan Diri

Salam setinggi ukhwah, sekencang dakwah!

Allah... byk sebenarnya nak dikongsi di sini, namun diri ini malas sungguh untuk menaip. No idea, ya mungkin. Itulah manusia kn, semuanya datang dari Allah & semua yg kita miliki ini hanya milik Allah. Kerdil kan kita?

Di ambang kemalasan yg menghimpit diri...~
Ana rasa bersyukur kerana bulan Mac ini diberi peluang untuk merasai ke'sibuk'an. SIBUK ats urusan agama yg ana kira satu pengalaman yg cukup berharga. Ia juga merupakan tarbiyyah untuk diri ana yg ketandusan nikmat itu stlh sekian lamanya. Alhamdulillah...

Natijahnya, kerana SIBUK itu ana demam beberapa hari. Baru disimbahi air hujan & dihambat keletihan, Allah sudah tarik nikmat sihat itu. Allah... betapa lemah & kerdilnya kita sbg hambaNYA. Namun, itu bukanlah penghalang diri ini untuk bermalasan, bermanja-manja di katil kerana kalau begitulah habisla gaji ana, makin naik bulan makin sikit elaunnya.

Itu juga satu didikan terus yang ana dapat dari abah merangkap big bos ana.


"Banyak mana yg kita usaha i2lh yg kita dpt."

Macam ana, abah cukup pantang kalau ana datang lambat, ponteng kerja & jika ada sesuatu yg tidak memuaskan hatinya pastinya 'dipotong gaji'. erm, ya itu juga satu didikan untuk melatih diri ana lebih serius di bidang kerjaya.

Jadi, takde yg istimewanya jadi anak bos. Sama je mcm pekerja2 yg lain.

Allahu Ta'ala A'alam...~

Wednesday, March 2, 2011

"1 Rumah, 1 Perawat"

SIRI KEMBARA PERUBATAN ISLAM
SEMINAR PERUBATAN ISLAM 2011 & KLINIK RAWATAN ISLAM KISWAH

Anjuran:
Jama'ah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) PBQS.

Pensyarah:
A.F Ust. Hayat Al-Azhari An-Naqsyabandi
Pengarah Urusan & Pengasas KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah.

Tarikh Seminar:
12 Mac 2011 ( Sabtu ) - Jam 8.00 Pagi

Yuran RM60.00
( Bahan Seminar, Makan & Sijil )

Tarikh Klinik Rawatan:
13 Mac 2011 ( Ahad ) - Jam 9.00 Pagi

Tempat:
Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah
Tmn. Gemilang, Sg. Besar, Selangor D.E

Terbuka kepada MUSLIMIN & MUSLIMAT....
Daftarlah Sekarang !

Cara Menyertai Seminar
Sila SMS:Nama Program-- Nama Penuh --No. K/P --Alamat hantar ke 0192360579

Pembayaran Yuran Seminar
melalui bank in:
MOHD NAZRI SHAHROM : 112193043534 ( Maybank Berhad )

* Sila SMS: Nama Program--Nama Penuh--Jumlah--Tarikh--Waktu ( selepas membuat transaksi bayaran)
ke 0192360579

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
Ustaz Nazri ( 0192360579 )
Ustaz Kamarudin ( 013-2092280 )
Ustazah Siti ( 012-9117457 )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...