Friday, July 22, 2011

RiNDu NaK..........

Bi bismillah wa Astrghfirullah 'ala kulli zanbin...

Selasa lalu, ana ke sekolah SMKA Simpang Lima bersama sebahagian teman-teman seperjuangan menziarahi guru2 dan warga sekolah serta mengambil sijil STPM. Allah... hati ini betul2 diselubungi rasa rindu. Rasa lain pulak bila melihat kelas yang telah bertukar wajah juga mereka yang  berada di dalamnya, bila melihat adik2 yang sibuk dengan tugas mereka ish, jeles sungguh...

Sunday, July 17, 2011

Panggilan Anak

Part 3

Setelah Bertemu Guru hati Basri semakin tenang. Pesanan gurunya dipatuhi. Setiap kali selepas solat, Basri duduk seketika membacakan Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas khusus untuk arwah isteri dan ibunya. Basri telah mula pergi ke pejabat. Hari pertama Basri bekerja, bossnya telah mengadakan majlis tahlil selepas solat zohor berjemaah di surau pejabat. Ketika itu, Basri tak dapat menahan airmatanya daripada terus mengalir. Rakan-rakannya cuba menenangkan Basri. Basri diam. Tiba-tiba ingatannya pergi jauh ke utara semenanjung terkenang anak-anaknya. Basri risau anak-anaknya akan Mencari Mama.

Malam itu, Basri terus telefon ke kampung. "Assalamualaikum... " Basri memulakan perbualan. "Wa'alaikum salam... ha Basri! Apa habaq? Hang kat mana ni?" tanya ibu mertuanya. "Habaq baik. Saya kat rumah ni... mak apa habaq? Budak-budak tu buat apa?" tanya Basri. "Baik. Budak-budak tu tengah main apa tah dengan acu dia. Adik! Kakak! Ayah nak cakap ni. Mari sini lekas!" jawab ibu mertuanya sambil memberi telefon kepada kedua cucunya. "Kakak buat apa?" tanya Basri kepada anak sulungnya yang berusia 4 tahun. "Main dengan acu.." jawabnya ringkas. "Dah makan ke belum?" tanya Basri lagi. "Dah!" jawab kakak. "Lauk apa?" tanya Basri. "Lauk ayam." jawab kakak. "Sedap tak?" tanya Basri lagi. "Sedaaap!" jawab kakak. "Adik ada?" Tanya Basri . "Ada. " jawab kakak. "Bagi kat adik. Ayah nak cakap.." kata Basri. "Adiiik! Ayah nak cakaaaap!' jerit kakak sambil memanggil adiknya.

"Adik dah mandi ke belum?" tanya Basri kepada anak keduanya berumur 2 tahun. "Dah." jawab adik ringkas. "Mandi dengan siapa?" tanya Basri lagi. "Mandi dengan Tok." jawab adik. "Dah makan belum?" tanya Basri lagi. Agak lama juga Basri tunggu tapi tiada jawapan. "Ha! Mana pi dah budak tu tak tau!" jawab ibu mertua Basri. "Tak apa lah mak. Budak-budak tu tak tanya maknya ke mak?" tanya Basri lagi. Ibu mertuanya terdiam seketika. "Tanya jugak. Tapi depa habaq mama sakit. Mama pergi hospital. Nanti ayah balik baru pi tengok. Depa pun diam lah." jawab ibu mertua Basri. Basri hanya mendiamkan diri. Sebak rasanya. Memang Basri tak boleh lama bercakap dengan ibu mertuanya. Pasti dia akan sebak. Basri memberi salam tanda menamatkan perbualan.

Di sudut hatinya, Basri memikirkan bagaimana nak berhadapan dengan anak-anaknya apabila mereka bertanya dan Mencari Mama.

*Ihsan dari (penulis asal) : motivasi5k.blogspot.com

Friday, July 15, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


ALLAH answers ur doa in 3 ways, HE says :

'YES' and gives what you want

 'NO' and gives you something better

'WAIT' and gives you the best in HIS own time



Hamdan wa syukurillah...

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

                           PROGRAM : K103 - IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
                                                      (PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM)
 
                           IPTA         : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)


Allahu Akbar3x!! Menitis air mata ana tatkala terpampang tulisan seperti di atas di skrin laptop. Tidak disangka Allah berikan pilihan pertama yang mungkin agak sukar utk ana capai krn pointer stpm nya pun tidaklah seberapa. Betapa Pemurahnya YA RABBI!! Syukur padaNYA krn memberi yang terbaik utk hambaMU ini.

"Perjalanan hidupku masih panjang, moga DIA terus mengiringi stp derap langkahku dlm menuju mardhatillah... " Allahu Ta'ala A'alam...~

"satu-satunya gambar yg ckup 30 orang ana kira..."

p/s : ALFUN MABRUK buat sahabat2 seperjuangan! Walau di mana pun kalian, moga UkHwah yg terjalin kekal hingga ke JannahNYA. Jazakmullah khoir jazak buat abah, umi, keluarga, guru2 dan sahabat2 atas doa kalian. Barakallah fikum!! 

Monday, July 11, 2011

Keliru...~

Bi bismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Menghitung hari demi hari, terasa kerdilnya diri ini. Betapa cetek ilmu yang ana miliki. Itu tak tahu, ini tak pasti. Segala perkara di sekeliling ana, masih lagi keliru. Mana yang betul, mana yang salah? Siapa yang betul dan siapa yang salah?  Allah... kerdil dan hinanya hambaMU ini.

 Sms dari sahabat tercinta di 'bumi huffaz', Darul Quran bermain-main di minda,

"Saya merenung sendirian, ternyata saya sentiasa bersyarat dengan Allah... Saya bagi syarat hanya orang tertentu saya hormat, saya bagi syarat hanya solat tertentu waktunya saya tepat, saya bagi syarat hanya ketika susah saya berdoa penuh berharap... seolah-olah Allah hamba dan saya yang berkuasa. Saya berfikir, kalaulah Allah beri syarat pada saya 'Kalau solat khusyuk baru dapat rezeki, kalau bersedekah baru dapat melihat, kalau itu dan kalau ini'.
Apakah yang akan terjadi pada saya jika gagal penuhi syarat2NYA ??"

Ya Allah...
Betapa faqir dan lemahnya hambaMU ini
Sudilah Kau pandang hambaMu
Untuk meraih meraih cinta & kasih sayangMu

Ya Rabb...
Usahlah Kau lempari aku ke lembah hina
Jalan kepura-puraan & penuh dusta
Bimbinglah aku, kasihilah aku
Dalam menuju kehidupan mardhatillah...~

Allahu Ta'ala A'alam.

Thursday, July 7, 2011

'Bebas'

Bi bismillah wa astarghfirullah 'ala kulli zanbin...~

Alhamdulillah... Pertama kali dapat peluang main bowling di Plaza Kuala Selangor, teruja sgt2. Almaklumlah dulu zaman sekolah ada niat nak pi main kat Summit, USJ tapi sayang duit. Dengan hanya RM 5 sahaja, kami para peserta bukan hanya dapat bermain malah sarapan, makan tengahari dan pengangkutan disediakan. 

Setibanya di meja pendaftaran,

"Ait, ni datang utk main ke utk jadi AJK?"  

Wednesday, July 6, 2011

Bertemu Guru

Part 2

Setibanya di ibu kota, Basri terasa keseorangan. Rumah sewanya sunyi sepi. Jiran tetangga yang kurang dikenalinya pun tak bertanya khabar. Inilah akibatnya hidup di kota, pemergian jiran pun tak diketahui. Ingin sahaja Basri memberitahu mereka tetapi....

Tuesday, July 5, 2011

Kucupan Terakhir

Part 1

"Hello! Abang ye?"

itulah panggilan yang masih dalam ingatan Basri (bukan nama sebenar).

"Ya. Siapa ni?"

jawabnya.

"Ini.... Ina. Nak bagi tau kakak dah tak ada..."

kata Ina, adik iparnya.

"Kakak pergi mana?"

tanya Basri.

"Ka..kak dah me...ninggal bang! ."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...