Saturday, January 29, 2011

Satu Fikrah, Satu Jiwa (2)

Tersenyum aku
Tika kenangan meggamit di kotak memori
Dalam melayari bahtera hidup
Secerah pelangi pagi
Seredup petang nan kabus

Kini
Jihad memisahkan segalanya
Ukhwah yang terbina keranaNya
Terpahat kukuh di sanubari
Mengundang kecekalan
Dan ketabahan qolbi

Teringat aku
Di zaman persekolahan
Suasana biah solehah menjadi idaman
Qudwah hasanah sebagai jolokan
Diselit Quwwah sesama insan
Dibajai dengan mahabbah berpanjangan

Pasrah aku
Andai kita tidak sehaluan
Perpisahan ini bakal menjadi saksi perjuangan
Demi menegakkan syiar Islam
Dalam amar makruf nahi munkar
Meredah arus tsunami jahiliyah
Di bumi tandus nan goyah

Hasil nukilan,
Aula’ Amr Dzukran
5 Ibnu Qayyim

UIA,
Di bilik Faheem

Jam hampir pukul 1.30 pagi. Faheem masih tekun menelaah pelajaran. Dia bertekad untuk menjadi pelajar terbaik di UIA dan mendapat anugerah dekan. Baginya perkara itu tidak mustahil jikalau dia berusaha bersungguh-sungguh dan punya jiddiyah yang tinggi. Dia akan buktikan yang dia bukan lagi Faheem yang dulu. Faheem tidak mahu menjadi seperti dirinya yang sentiasa mendapat tempat corot di kelas bahkan dalam tingkatan. Faheem yang sentiasa dipanggil oleh guru disiplin kerana membuat masalah disiplin. Dia juga pernah dirotan oleh pengetua gara-gara menceroboh makmal digital dan meniru ketika ujian. Ketenangan malam membuatkan dia rasa begitu hampir dengan Allah. Rakan sebiliknya, Gadaffi sedang enak diulit mimpi. Nafsu jahatnya mula meronta-ronta untuk turut menyertai rakannya namun dia cuba untuk bermujahadah sambil hatinya berzikir dan bertasbih memuji kebesaran Ilahi. Faheem gagahi diri ke bilik air untuk berwudhu’. Tidak sabar dia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Kedinginan di sepertiga malam tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghampirkan diri pada yang Esa.

“Bahagia bertautnya hati lantaran kasih tercipta olehMu, Sang Khaliq… Lantaran harumnya dek tertib kasturi yang ditabur. Mengundang mata yang liar melata mencemburui hubungan pemburuMU Robbi.Ya Tuhanku…aku hanya merindui pandanganMU..Sunnah tarbiyah Rasulullah yang aku cari, istiqomah adalah janji buatku hidupkan halawatul Ukhwah.. Andai tautan iman bisa mabuk dek tiupan angin lalu cuma. Jadikanlah insan yang ku sayangi jiranku di Syurga. Pateri dan nurani bahawa indah hidup hanya berTuhan.”

Faheem mengharapakan air mata yang mengalir kerana terkenangkan dosa-dosanya pada malam itu akan menjadi saksi dan membantu menjadi pemberat mizan di Akhirat kelak. Dia juga berharap air matanya itu layak untuk ditimbang bersama-sama darah para Syuhada’ dan dakwat-dakwat para ulama’ yang menghabiskan usia mereka menulis kitab-kitab demi menyampaikan dakwah dan risalah Rasulullah kepada manusia.

1 message received

From: Ulwan Aiman

Akhiku Faheem,
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiah kita dengan pelbagai ujian. Namun… Tautan ukhwah mampu berhadapan denagan sejuta kesulitan. Yang memberi suntikan semangat Perjuangan. Alirkan halawatul Ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati..Ya Allah! Peliharalah sahabatku ini dan peliharalah perjuangannya..Terima kasih sahabat kerana tidak kenal erti lelah dalam mengajarku hakikat perjuangan. Semoga dapat bersama-sama merasai nikamt perjuangan ini, moga terus kuat menempuh mehnah perjuangan ini dengan penuh keimanan kepadaNya…

Pasti Ulwan juga turut bangun untuk mendambakan kasih daripada Sang Pencipta.
Faheem terasa begitu hebatnya berkasih sayang kerana Allah. Dia dapat merasakan halawatul ukhwah mengalir menjadi pembangkit semangat untuk dia terus menyambung rantai perjuangan Rasululah. Ya. Begitulah kehebatan pemuda yang ditarbiyah. Jiwa mereka sarat dengan roh perjuangan. Ketegasan dalam berbicara soal agama dan ummah serta keberaniannya menegakkan yang hak dan mencegah yang batil usah dipertikaikan. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus berada atas jalan dakwah dan tarbiyah. Kadang-kadang dia menangis seorang diri terkenangkan zaman remajanya yang dilimpahi keseronokan dan tipu daya dunia semata.Yang kerjanya asyik menyakat anak-anak gadis orang. Terdetik juga di hati Faheem apa yang dilakukannya itu salah namun dia tidak mahu digelar lelaki lembut, kopap dan spesies dengannya. Dia tidak mahu menjadi bahan umpatan akhowat kerana kepasifannya dan dek kerana itu dia lebih rela berlagak macho. Walaupun hatinya meronta-ronta untuk tidak melakukannya dan sebenarnya dia bukanlah begitu.

Kadang-kadang dia rimas juga dengan kenakalan dan usikan rakan-rakannya yang suka menyakat orang walaupun dia turut menyertai mereka. Dia tidak mahu digelar pelajar yang baik kerana pastinya akan diboikot oleh teman-teman. Kebiasaannya pelajar yang baik akan digelar budak skema, budget alim, control macho dan sebagainya. Dia agak terkilan juga kenapa ikhwah di sekolahnya dulu amat takut untuk melakukan kebaikan termasuklah dirinya sendiri. Tapi kalau benda yang salah tidak pula dimalukan malahan semakin bangga kerana digelar hero dan jaguh di sekolah.. Mungkin itulah lumrah akhir zaman. Lebih sukakan gelaran sebegitu kerana akan menjadi perhatian akhowat. Apatah lagi dia merupakan seorang atlit sekolah ditambah dengan mempunyai rupa dan style ala-ala Hritrik Roshan gitu.. Jadi tidak hairanlah namanya sering meniti di bibir mereka dan menjadikan dia sebagai secret admirer.

Hamdallah… kini di UIA, dia bergiat aktif dalam kelab penulisan. Dia merasakan kelab tersebut menjadi medium kepadanya untuk menyampaikan dakwah dan dalam masa yang sama menjadi medan tarbiyah untuk dirinya. Tambahan pula terdapat ramai senior yang boleh dijadikan qudwah samaada dalam pelajaran mahupun semangat juang mereka. Para pensyarah juga merangkap murabbinya juga banyak membantu. Dan di situ lah dia berjumpa dengan seorang akhi, Ulwan Aiman namanya. Dialah yang banyak memberi quwwah kepadanya untuk terus mengislahkan diri.

bersambung...

Thursday, January 27, 2011

Satu Fikrah, Satu Jiwa (1)

Tahun 2010

UIA,
Bilik Faheem Taqries

From: Aula’ Amr Dzukran

Buat Ikhwah dan Akhowat fillah!
Salam Perjuangan!

Mana mungkin di sini kita nampak syabab segagah mereka. Mana mungkin di sini kita nampak serikandi seteguh mereka. Kita di sini dihujani dengan hiburan dunia semata. Sedangkan mereka di sana dihujani lontaran peluru dan percikan darah. Begitu juga dengan fatayat sebaya kita. Fikrah mereka tidak sama seperti kita di sini. Mereka di sana berfikrahkan Islam tapi kita di sini berorientasikan yahudi.. tidak malukah kita pada mereka, pada Pencipta kita! Apa yang telah kita buat untuk mengislahkan diri? Apa yang telah kita lakukan untuk Addin kita! Apa yang telah kita buat untuk memerdekakan saudara-saudara kita dari belenggu ombak tsunami jahilliah di tanah air sendiri!

Duhai para pejuang agama Allah!
Sedarilah kita..
Dari mana kita datang ?
Untuk apa kita hidup ?
Dan ke mana kita kan kembali ?

Renungkanlah…

Menyirap darah Faheem dengan artikel di blog I luv Islam yang dibacanya daripada rakan sekolahnya dahulu. Rakan sama-sama dalam satu jemaah, rakan sepersatuan dan rakan sekelasnya. Dahinya berpeluh-peluh. Gerun dengan semangat jihad yang mengalir dalam diri gadis tersebut. Dia tidak semangat untuk turun bermain bola bersama rakan-rakannya yang lain di padang seperti selalunya. Sebaliknya melencong di bawah sepohon pokok sambil bermuhasabah diri. Sudah lama amalan itu ditinggalkan semenjak dia melangkah kaki ke IPT. Halaqoh juga sudah lama dia tidak istiqomah. Astaghfirullah… Faheem meraup mukanya. Dia cuba bertenang dengan membaca doa rabitah hati berulang kali. Tapi kalau dia ingin berubah bagaimana? Apa pula kata kawan-kawannya nanti… Argh! Serabut!


UIA,
Maktabah Umar Al-Khattab

“Wei! Hujung minggu ni kitorang nak lepak kat KLCC, Im! Ko nak ikut tak?”

Soal Fareez memecahkan kedamaian pagi. Kini semua mata tertumpu kepadanya. Faheem buat derk dengan soalan yang dilontarkan. Dia perlu mulakan langkah pertama untuk berhijrah.

“Tak kot! Aku balik kampung hujung minggu ni… ada hal.”

Akhirnya dia berjaya mencipta alasan. Alasan yang dirasakan konkrit.


Lembah Keramat,
Di rumah walid dan umi Faheem

Salamnya bersambut dari dalam rumah oleh suara lunak seorang wanita. Faheem menarik nafas lega. Faheem mendapatkan uminya yang ketika itu sedang membaca Al-Quran.

"Syukurnya aku dengan rahmatMu Tuhan…"

Bisik hati kecilnya. Tangan uminya disalam dan dikucup dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat.
Dia dapat merasakan kesunyian yang membelenggu walid dan uminya. Terasa bersalah yang amat sangat. Abang-abangnya yang lain kini semua berada di luar negara. Cuma dia sahaja di tanah air tercinta. Kini baru dia merindukan halaqoh keluarga seperti dahulu, ketika dia kecil-kecil, walaupun dia tidak faham dengan apa yang didiskusikan oleh keluarganya. Namun, suasana tersebut sedikit sebanyak dapat membentuk dirinya yang kini ketandusan tarbiyah. Kadang-kadang sampai dia tertidur di pangkuan walid atau uminya setiap kali keluarga mereka berhalaqoh. Namun dia tetap bersemangat. Tersenyum Faheem apabila teringat gelaran Mujahid Kecil yang diberikan oleh abang-abangnya suatu ketika dulu.

Ketika dia sedang menyelak sebuah majalah sekolah lama, matanya tertancap pada hasil karya tulisan seorang akhowat sekelasnya ketika di tingkatan lima, Aula’. Yang mana akhowat seperti itu mendapat jolokan sebagai mawar berduri. Ada juga dalam kalangan ikhwah menggelarkan mereka seperti merpati. Kelihatan jinak tapi amat sukar didekati. Tapi bagi Faheem, spesies akhowat sebegitu seperti pohon semalu. Apabila disentuh tertunduk malu. Namun di sebalik pohon tersebut terdapat duri yang bisa melukakan tangan kepada sesiapa yang tidak berhati-hati. Pohon semalu juga mempunyai bunga yang harum. Begitulah pada pengamatannya. Entah mengapa dia begitu mencintai hasil karya gadis itu sejak dari sekolah lagi. Dia juga menjadi peminat setia karya gadis itu di blog I luv Islam.

bersambung...

Tuesday, January 25, 2011

Perlukah STAM ?

Hari-hari yang ana lalui terasa kosong. Rindu rasanya nak belajar balik! Nak menadah kitab-kitab lughah dan kamus besar kesayangan ana juga jumpa Ustaz Bahar dan Ustazah Thuwaibah untuk minta penjelasan lanjut apa-apa yang tidak ana fahami. Hingga sekarang ana hanya mampu untuk memandang sahaja kitab-kitab itu, tidak mampu lagi untuk menyentuhnya apatah lagi membukanya. Ya, ana sangat inginkannya semula saat itu. Tika mana belajar bersama dengan sahabat-sahabat, banyak kenangan. Kadang-kadang tika ana menerangkan ada yang sampai tertidur-tidur dan minta mengulangnya semula. Pantang jika ana minta buat tadribat, ada sahaja yang tersengih sambil matanya terkebil-kebil. Faham benar ana dan itu tandanya sahabat2 ter'chenta' ana ni tak nak buat dan minta ana untuk tuliskan jawapannya. "hmm sabar jelah..." tapi itulah kenangan-kenangan yang amat bermakna bagi ana. Itu belum lagi...

"Lau enta rijal ana 'pang'! Laisa muraja'ah! Laisa mumarisah!" 

Dialog ustaz Bahar yang paling tidak dapat ana lupakan. Kata2 itu ditujukan pada ana ketika ana tidak dapat menjawab pertanyaan ustaz sambil tangannya begitu hampir untuk menyinggah ke pipi ana. Hingga kini ana masih ingat bait itu, bukan kerana dendam tapi ana rasa begitu bertuah kerana pada masa itu ramai sahabat2 yang lain tidak dapat menjawab, mengapa ana sorang sahaja yang kena marah? Jazakallah ya ustaz. Kata2 ustaz itu menyedarkan ana untuk lebih mumarisah dan muraja'ah.

Jadi, tika mana ana kini termangu-mangu seorang diri. Muncul hasrat itu, hasrat yang telah lama ana simpan. Bait kata-kata Achik Anum yang kini berada di Mansuorah membuatkan ana semakin tekad.

"Kak, isi la borang STAM..."

"Ok..."

"Kak, achik serius ni... akak isi ye."

"InsyaAllah..."

"Ala achik tau, kakak takkan isi punya kakak isi tau!"

"Hehe...mana achik tau ni?"

Ana tersengih mendengar jawapan achik. Sememangnya pun, achik memang faham benar fe'el ana. Ana memang inginkannya dan memang itu keinginan ana sejak dulu tapi bagaimana dengan respond abah?

"Achik sebenarnya ada niat ...."

Dan tidak perlulah ana ceritakannya di sini. Itu rahsia antara kami berdua. Namun, kesungguhan achik membuatkan ana tekad. Ana tidak kisah pasal umur, tidak kisah apa orang kata yang penting ana nak ilmu itu. Selama 9 bulan ini mungkin ia merupakan titik permulaan bagi ana untuk bangkit semula... Siapa tahu?

Respond abah ketika melihat ana begitu semangat mencari maklumat pasal STAM di internet..

"Ait kak... orang lain dah sampai Mesir kakak baru nak daftar periksa, tula dulu abah suruh ambik tak nak. kakak nak pi Mesir ke?"

Ana melemparkan senyuman yang paling manis untuk abah kesayangan. Ana kira satu senyuman yang punya makna tersendiri.

"Kakak cuba-cuba je bah... mana tau ada rezeki, bi iznillah InsyaAllah...~"

Wednesday, January 19, 2011

Muslimah PLKN

Salam Perjuangan buat adikku Balqis!!
PLKN?

Apa khabar Muslimah di PLKN?

Ana sebenarnya sedih mendengar rintihan adik kesayangan ana ni...
Apa khabarlah dia di sana?

Kehidupannya...

Amalannya...

Pergaulannya...

Ana sebenarnya cukup risau sebab di sana tiada orang yang betul-betul boleh diharap untuk menjaga syariat.. Ustazah PLKN pun beri hujah tidak berlandaskan Syariat.. jadi bagaimana?
Bagaimana pelatihnya hendak beramal dengan Islam yang sebenar-benarnya?

"Kak, macammana ni...? Adik sorang je yang pakai tudung kat dalam bilik ni."

"Keliling katil semua non-muslim... Macammana adik nak jaga aurat?"

"Kak, ustazah adik kata takpe kalau tak pakai tudung, ada rukhsah... Betulke?"

"Kak, jam adik hilanglah... Cakap ngan abah adik nak jam... Susah kalau takde jam nak tengok time solat."

Di atas adalah antara kiriman sms daripada adik ana, Balqis.

Inilah jawapan ana untuknya...

"Dik...
Kakak harap hang jaga diri baik-baik
Tunjukkan Islam itu indah.
Biar orang lain tak buat hang kena buat...
Hang orang yang faham agama,
kat sana baru hang belajar untuk beramal dengan Islam yang sebenar-benarnya..
Untunglah hang kerana dekat sana hanglah yang paling dicintai Allah.
Allah masih pegang hati hang dan memilih hang untuk berada di jalanNYA,
menjaga syariatNYA..."

PLKN ada baik dan buruknya. Cuma apa yang paling aula ialah menjaga diri mengikut syariat. Carilah sahabat yang sefikrah dengan kita, yang sama-sama mahu untuk berusaha menjadi hamba Allah yang diredhai...

*Post ini ana buat khas untuk adik kesayangan Balqis yang kini berada di Kem PLKN teluk Rubiah,  Lumut. Semoga dia terus istiqamah dalam usaha menjadi Muslimah yang sejati...

Sunday, January 16, 2011

Miftahul Jannah...1

Miftah tekun menela'ah pelajaran. Kedengaran suara rakan-rakannya galak berbincang, sesekali ketawa riang. "Seronoknya jadi mereka.." Bisik hati kecilnya. Namun malam itu dia tidak ada mood untuk menyertai mereka. Buku Sejarah dihadapannya ditatap lagi cuba untuk fokus dengan apa yang dibacanya, namun... Entah mengapa jiwanya sedih pada malam itu, sedih yang teramat sangat, sejak dia pulang dari bilik akses atau lebih dikenali dengan bilik Abang Hafiz.

Thursday, January 13, 2011

Sanah Helwah Ya Abi!!


Abah, dengarlah lagu ini...
Kakak takde ape nak bagi untuk hari jadi abah,
gaji tak dapat lagi, hanya ini je yang termampu,
terima ye...

" SELAMAT HARI LAHIR ABAH "




Puisi untukmu...

Ayahanda...
Maaf andai diri ini bisa membuatmu terluka,
Maaf andai diri ini bisa membuatmu kecewa,
Maaf andai diri ini bisa menumpahkan air matamu,
Maaf andai diri ini bisa membebanimu,
Maaf andai diri ini bisa membimbangkanmu...
Maaf andai anakandamu ini tidak pandai menzahirkan kasih sayang,
Tidak pandai mengambil hatimu juga menggembirakanmu...

Ayahanda...
Anakandamu ini hanya insan kerdil,
Yang masih bertatih untuk mengenali kehidupan...
kekadang sifat kebudak-budakan,
Kekadang sifat keanak-anakan itu amat menyusahkanmu...
Yang tutur bicaranya pernah melukaimu,
Yang tingkah-lakunya tidak menyenangkanmu...

Ingin sekali diri ini...
Menumpahkan air matamu tanda kegembiraan
& juga kebanggaan...

Ingin sekali diri ini...
membuat dirimu sujud tanda kesyukuran,
Atas sebuah nikmat kejayaan,
Yang kukira sudah lama diri ini tidak mengecapinya...

Ingin juga diri ini...
membuatkan ayahanda tersenyum gembira,
Tanda bahagia tiada sengketa...


* Post ini khas untuk abah tersayang. Syukran atas segalanya.
   Atas kasih sayang & tunjuk ajar...
   Atas didikanmu sehingga diri ini menjadi seperti ini.
   Semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa diberkati,
   Dikurniakan nikmat kesihatan & kekuatan,
   Juga Kebahagiaan Dunia & Akhirat...
  

Tuesday, January 11, 2011

Misi Jihad Cinta

Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih mengantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya. “Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.” “Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.” “Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.” “Nak kahwin lagi ya?” 

Sunday, January 9, 2011

Duhai Serikandi...Sedarlah!

Seindah hiasan adalah wanita solehah… Namun sekiranya seorang wanita itu

tidak dihiasi dengan sifat malu, maka hilanglah segala perhiasan itu..




Akhowat fil Islam…
Kini…
Bagaimana keadaanmu
Aku sedih melihat tutur bicaramu
Segala perilaku dan apa yang terjadi pada dirimu
Akhowat
Mengapa tidak hijab yang menjadi balutan tubuhmu
Mengapa tidak kalamullah yang menghiasi bibir merekahmu
Mengapa tidak Al-Qur’an yang menjadi perisaimu
Mengapa tidak kesopanan yang menjadi perhiasanmu
Mengapa


Akhowat
Mengapa hargamu tidak semahal dulu
Mengapa dirimu tidak seindah dulu
Mengapa tidak kau getarkan hati ini
Dengan keindahan akhlakmu
Mengapa tidak kau sejukkan hati ini
Dengan kalimah tayyibah yang keluar dari butir bicaramu


Akhowat
Tercipta dikau dari rusuk lelaki
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat juga di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Akhowat
Adakah kau tidak ingin lagi digelar hiasan duniawi
Bagaiman pula dengan tugasmu sebagai sayap kiri
Sayap kiri perjuangan suci


Akhowat
Tidak mungkin kau mampu menjadi Muslimah Sejati
Tidak mungkin kau mampu menjadi Mukminah Jannati
Andai kau terusan begini


Sedarlah akhowat...
Ikhwah perlukan bantuan darimu
Mereka perlukan serikandi-serikandi
Sebagaimana Rasulullah memerlukan
Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah
Dalam meniti perjuangan Baginda
Menentang arus tsunami jahiilyah
Yang terus bergolak di akhir zaman

Allahu Ta'ala A'alam... 

Saturday, January 8, 2011

Syabab...Bangkitlah!!

Syabab...
Mengapa dirimu tidak segagah dulu
Mengapa jiwa pemudamu tidak sekental dulu
Mengapa tidak kau hiasi dirimu dengan semangat juangmu
Mengapa tika maksiat berlaku di depan mata kau hanya diam membisu
Mengapa tika wanita melintasimu tidak kau tundukkan pandanganmu

Syabab...
Mengapa sms haram yang menjadi zikirmu
Mengapa carutan yang menjadi butir bicaramu
Mengapa pakaian yahudi yang menjadi kebanggaanmu
Duhai Syabab

Syabab...
Jadikanlah Al-Quran sebagai teman akrabmu
Para rasul sebagai role modelmu
Sirah perjuangan sebagai skrip hidupmu



Ketahuilah kami amat memerlukan mujahid-mujahid

Yang kuat Addinnya

Yang jelas fikrahnya

Yang mantap imannya

Yang tsabat qolbinya

Yang teguh jiwanya

Yang ikhlas ibadahnya

Yang molek akhlaknya

Yang bernas hujahnya

Yang tinggi ilmunya

Juga pengabdiannya pada Yang Esa


Allahu Ta’ala A’alam...

Thursday, January 6, 2011

Nak Masuk U...~

Shahida (bukan nama sebenar) mendapat 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR. Namun, Shahida hanya mampu mendapat 2A dalam SPM. Kecewa sungguh hatinya. Ketika rakan-rakannya merai kejayaan, merancang 'U' mana nak masuk, Shahida menyendiri di kampung membantu ayah mengajar Al-Quran... Akhirnya Shahida pasrah, itulah takdir. Ada yang tersirat disebalik yang tersurat. Shahida masuk Form 6. Baginya inilah peluang terakhir untuk masuk 'U'. Kini, Shahida lebih yakin, lebih terbimbing dan terdidik. Malah, sesekali Shahida pula yang membimbing dan mendidik 'adik-adik' di asrama puteri. Semoga Shahida berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2010. Amiin.

* Sumber : http://motivasi5k.blogspot.com/   
   Rabu 18 Ogos, 2010

Sunday, January 2, 2011

HaRi2 LaLu...2010

Maaf ...
Andai diri ini bisa membuatmu terluka,
Dgn kta2 yg mengguris jiwa,
Kdgkala wajah x ceria,
Juga bisa membuatmu gundah-gulana.

Maaf...
Andai sesekali ku terlupa kebajikanmu,
Sesekali ku x bertanya khabarmu,
Sesekali ku tumpahkan air matamu,
Sesekali ku x memenuhi permintaanmu.

Namun...
Andaiku bukan manusia biasa,
Kesilapan2 itu x akn sesekali wujud dlm fikiranku,
Kerana aku manusia biasa...

Moga Hari2 yG telah berlalu itu,
MnJdkn aku InSaN...
Yg menjadi TEMAN SeperJuanganmu,
PENIUP SEMANGAT JiHAdmu,
MEMIKUL AMANAH DAKWAH bersamamu,
Ntk menegakkan ADDIN ter'chenta' ...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...